UK catat lebih 100,000 kes

UNITED Kingdom menjadi negara keenam mempunyai lebih 100,000 kes jangkitan Covid-19 apabila data Johns Hopkins University menunjukkan negara itu mencatatkan 104,145 kes pagi (Jumaat) ini.

Daripada keseluruhan kes berjumlah 2,153,620,  AS terus mencatat kes tertinggi iaitu 667,801 diikuti Sepanyol 184,948 kes, Itali 168,941, Perancis 147,091 dan Jerman 137,698.

China pula mencatatkan 83,406 kes manakala Iran 77,995 kes.

Sebanyak 143,844 kematian dilaporkan di mana AS mencatatkan 28,988, Itali 22,170, Sepanyol 19,315, Perancis 17,920, United Kingdom 13,729, Iran 4,896, Belgium 4,857, Jerman 4,052.

(GRAFIK MENUNJUKKAN ANGKA TERKINI 10 PAGI)

Related posts

Leave a Comment