Singapura catat kes tinggi

KEMENTERIAN Kesihatan SINGAPURA (MOH) mengesahkan terdapat penambahan 623 kes jangkitan Covid-19 di negara itu, majoritinya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. Penambahan itu menjadikan keseluruhan kes kini 5,050. Kementerian itu dalam kenyataan memberitahu 25 lagi kes telah discaj, menjadikan jumlah yang sembuh sepenuhnya kini adalah 708. Sehingga pukul 12 tengah hari 16 April, Singapura melaporkan 568 kes import, 1,170 kes dikaitkan dengan komuniti yang termasuk pemegang pas kerja yang tinggal di luar asrama manakala 2,689 adalah dari asrama yang terlibat. Sementara itu terdapat kira-kira 70 kes positif melibatkan rakyat…

Read More

Padah bangga langgar PKP

TIPS tak kena tempat. Silap perhitungan apabila polis telah mengenal pasti mereka. Justeru jangan bangga dengan kejayaan melepasi sekatan polis. Tindakan itu hnaya mengundang padah. Maka jangan ambil mudah peringatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata tidak ada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang dengan mengingkari arahan dan peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpakai selama ini.  “Semalam, kita lihat tular di media sosial gambar keluarga menunjukkan mereka sedang balik ke Kuala Lumpur dan mereka bagi tips kepada orang ramai bagaimana cara…

Read More

Kes positif terendah Covid-19

PUTRAJAYA: Kes positif harian Covid-19 hari ini mencatatkan angka terendah iaitu 69 kes, manakala kes pulih harian sebanyak 201 kes, hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kes baharu yang direkodkan hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan 201 kes pulih, ia menjadikan jumlah kumulatif terkini kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan didiscaj daripada wad adalah sebanyak 2,967 kes atau 56.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. “Enam puluh sembilan kes baharu ini menjadikan kes positif Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 5,251 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 2,198 kes. Mereka…

Read More

Operasi hardware, elektrik

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan tiga subsektor tambahan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga. Menterinya, Alexander Nanta Lingi berkata, subsektor itu adalah kedai barangan logam (hardware) serta barangan elektrik dan elektronik (tidak termasuk kedai peralatan telekomunikasi dan peralatan ICT) dan perkhidmatan dobi penuh. Jelasnya, semua permohonan bagi subsektor tambahan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) secara dalam talian di laman sesawang www.miti.gov.my (https://application.miti.gov.my). “Hanya permohonan yang menepati syarat prosedur operasi standard (SOP) dan lengkap sahaja akan…

Read More

UK catat lebih 100,000 kes

UNITED Kingdom menjadi negara keenam mempunyai lebih 100,000 kes jangkitan Covid-19 apabila data Johns Hopkins University menunjukkan negara itu mencatatkan 104,145 kes pagi (Jumaat) ini. Daripada keseluruhan kes berjumlah 2,153,620,  AS terus mencatat kes tertinggi iaitu 667,801 diikuti Sepanyol 184,948 kes, Itali 168,941, Perancis 147,091 dan Jerman 137,698. China pula mencatatkan 83,406 kes manakala Iran 77,995 kes. Sebanyak 143,844 kematian dilaporkan di mana AS mencatatkan 28,988, Itali 22,170, Sepanyol 19,315, Perancis 17,920, United Kingdom 13,729, Iran 4,896, Belgium 4,857, Jerman 4,052. (GRAFIK MENUNJUKKAN ANGKA TERKINI 10 PAGI)

Read More

FB kawal maklumat palsu

FACEBOOK akan memberi ‘amaran’ kepada pengguna yang memuat naik hantaran tidak benar mengenai Covid-19 dan akan menghubungkannya dengan maklumat yang tepat. Gergasi media sosial itu yang turut memiliki rangkaian aplikasi Instagram dan WhatsApp, memaklumkan mereka sedang berusaha untuk mengawal lambakan maklumat palsu yang disebar pengguna tidak bertanggungjawab. Facebook telah membuang ratusan ribu maklumat palsu sejak bulan lalu namun  masih terdapat kira-kira 40 juta lagi catatan meragukan yang berkaitan dengan virus di platform berkenaan. “Kami akan melancarkan ciri baharu yang dinamakan Get The Facts, yang akan memaparkan artikel yang sudah disahkan…

Read More

Al-Aqsa ditutup Ramadan

MAJLIS Ulama Baitulmuqaddis mengumumkan seluruh pekarangan kompleks dan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis akan ditutup kepada orang awam sepanjang bulan Ramadan ekoran kebimbangan wabak Covid-19. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, majlis itu menyifatkan langkah berkenaan selari fatwa ulama selain langkah keselamatan kesihatan. Majlis itu juga mahu umat Islam menunaikan solat di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan. Agensi Wakaf Baitulmaqdis yang menjaga lokasi Islam di kawasan berkenaan menyifatkan pengumuman itu sesuatu yang memedihkan. Bagaimanapun, azan solat fardu akan terus berkumandang seperti biasa selain pekerja di kompleks berkenaan masih dibenarkan bertugas. Keputusan…

Read More