287 kes baharu di Singapura

SINGAPURA mencatat 287 kes baharu positif Covid-19, dua kali ganda berbanding semalam (8 April). Daripada jumlah itu, lebih 200 kes melibatkan pekerja asing di asrama. Justeru, kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan kesesakan dalam asrama, dengan memindahkan pekerja asing ke kemudahan lain, termasuk kem ketenteraan, pusat pameran Changi, serta ‘hotel terapung’. Selain itu, 43 pasukan khas yang terdiri daripada pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) atau Pasukan Polis Singapura (SPF) ditubuhkan untuk memastikan keselamatan dan menjaga kebajikan pekerja di asrama seluruh Singapura. Sementara itu, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berharap, penduduk Singapura…

Read More

Brunei tiada kes baharu

INDONESIA mencatatkan sebanyak 40 kematian dalam tempoh 24 jam akibat Covid-19, jumlah tertinggi setakat ini sejak kematian pertama pada 11 Mac lepas. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 280. Beliau berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 327 lagi kes baharu direkodkan menjadikan jumlah positif  wabak itu kini sebanyak 3,293 kes. Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 142 kes, diikuti Jawa Barat (40), Jawa Tengah (22), Banten (20), dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. DI BRUNEI, kes…

Read More

Kes pulih atasi kes baharu

PUTRAJAYA: Sehingga pukul 12 tengah hari ini, 9 April, terdapat 109 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,228 kes. Pada masa yang sama, jumlah pesakit yang pulih daripada wabak berkenaan melebihi rekod jangkitan baharu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 121 kes dilaporkan bebas daripada jangkitan Covid-19 dan dibenarkan pulang, sekali gus menjadikan individu yang pulih ialah 1,608 orang atau 36 peratus. “Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya dalam sidang…

Read More

PKP dilanjutkan lagi?

MINGGU ini, mungkin esok, kita akan tahu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan perlu dilanjutkan ataupun tidak. Setelah mengharungi fasa pertama mulai 18 hingga 31 Mac, tempoh itu dilanjutkan lagi untuk fasa kedua sehingga 14 Mac. Melihat situasi sekarang, kes positif bertambah, ada pula subkluster baharu dan juga merekodkan 69 kes sporadik Covid-19, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya. Berdasarkan perkembangan semasa, masih banyak yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memerangi wabak ini. Kerajaan juga sudah bersiap sedia untuk menghadapi kes yang meningkat…

Read More

Jangan politikkan Covid-19

GENEVA: Tolong jangan mempolitikkan Covid-19. Bersatu dan tingkat perpaduan. Itu mesej jelas dan tegas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang akhbar mengenai Covid-19 di Geneva pada 8 April. Ketika menjawab soalan Wartawan, beliau memberi amaran jika dunia tidak bersatu dalam menentang penularan Covid-19, maka lebih banyak kematian akan disaksikan. Beliau berkata, ini bukan masanya untuk berpolitik menggunakan Covid, banyak lagi cara lain untuk berbuat demikian. Parti politik perlu melindungi rakyat daripada wabak ini. “Nasihat saya, tiga perkara, perpaduan pada tahap kebangsaan, jangan gunakan Covid-19…

Read More

Lebih 1.5 juta dijangkiti

SETAKAT 8 pagi waktu Malaysia hari ini, 9 April, jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh dunia telah melebihi angka 1.5 juta orang. Kajian Johns Hopkins mendapati bahawa 1,500,830 orang telah dijangkiti virus itu sejak ia muncul di China empat bulan lalu, termasuk 87,705 orang yang meninggal dunia dan 317,855 individu yang telah pulih sepenuhnya. Amerika Syarikat (AS) tetap mencatatkan  jumlah jangkitan paling tinggi dengan lebih daripada 423,000 orang, tetapi Itali mencatat negara dengan angka kematian tertinggi sebanyak 17,669. Kajian turut menyatakan virus itu telah merebak ke sekurang-kurangnya 184 negara dan wilayah…

Read More

Kes meningkat di Saudi

ARAB Saudi turut mencatatkan peningkatan kes pada Rabu apabila merekodkan  327 kes menjadikan jumkah 2,932. Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, jumlah kematian pula 41 sementara kes pulih 631. Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Tawfiq al-Rabiah memberi amaran mengenai kenaikan besar dalam bilangan kes koronavirus mencecah 200,000 dalam beberapa minggu akan datang. Media Al Arabiya melaporkan, amaran itu dibuat sehari selepas kerajaan melanjutkan tempoh perintah berkurung harian di beberapa bandar, termasuk ibu negara Riyadh, ke 24 jam dalam usaha mengurangkan penyebaran virus itu. Dalam beberapa minggu akan datang, kajian meramalkan bilangan jangkitan paling…

Read More