Kes meningkat di Saudi

ARAB Saudi turut mencatatkan peningkatan kes pada Rabu apabila merekodkan  327 kes menjadikan jumkah 2,932.

Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, jumlah kematian pula 41 sementara kes pulih 631.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Tawfiq al-Rabiah memberi amaran mengenai kenaikan besar dalam bilangan kes koronavirus mencecah 200,000 dalam beberapa minggu akan datang.

Media Al Arabiya melaporkan, amaran itu dibuat sehari selepas kerajaan melanjutkan tempoh perintah berkurung harian di beberapa bandar, termasuk ibu negara Riyadh, ke 24 jam dalam usaha mengurangkan penyebaran virus itu.

Dalam beberapa minggu akan datang, kajian meramalkan bilangan jangkitan paling sedikit 10,000 dan paling banyak 200,000.

Rabiah, yang memberi amaran kerajaan menghadapi “masa kritikal” dalam peperangan mengatasi virus itu, berkata ramalan tersebut berdasarkan empat kajian oleh pakar Saudi dan antarabangsa.

Related posts

Leave a Comment