Kes positif cecah 1.4 juta

ANGKA jangkitan Covid-19 seluruh dunia sehingga awal pagi ini mencecah 1.41 juta membabitkan pertambahan lebih 80,000 kes positif dalam tempoh 24 jam.

Sejak mencapai angka 1 juta pada Jumaat lepas, bilangan kes positif hanya mengambil masa lima hari untuk pertambahan 411,000 kes.

Menurut data Johns Hopkins University, kini terdapat lima negara yang melepasi angka 100,000 kes positif pandemik tersebut.

Amerika Syarikat kekal menjadi negara paling terjejas apabila mencatatkan 387,574 kes positif diikuti Sepanyol 140,618, Itali 135,586, Perancis 110,049 kes dan Jerman 107,591 kes.

Dalam pada itu, angka kematian akibat pandemik ini telah melebihi 81,000 mangsa di seluruh dunia dengan jumlah keseluruhan 81,200 terkorban.

Perancis hari ini menyertai tiga lagi negara lain yang mempunyai mangsa korban yang tinggi akibat wabak itu melepasi angka 10,000 kes.

Itali kekal menjadi menjadi negara paling teruk mencatatkan kes kematian dengan jumlah 17,127 diikuti Sepanyol 13,912, Amerika Syarikat 12,291, Perancis 10,328 dan United Kingdom 6,159 kematian.

Secara keseluruhan, angka kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh dunia menyaksikan pertambahan lebih 7,000 kes sehari.

Negara yang pada mulanya tercetus wabak ini pada awal Disember lepas, China, kini tidak lagi berada pada kedudukan lima negara teratas dalam kes positif dan juga jumlah kematian akibat Covid-19.

Walaupun dengan jumlah kes positif dan kematian yang tinggi di seluruh dunia, namun terdapat hampir300,000 pesakit Covid-19 yang telah sembuh dengan pertambahan 22,791 dalam tempoh 24 jam lalu.

Related posts

Leave a Comment