Pekerja sendiri dapat $1,000 sebulan selama sembilan bulan

INDIVIDU bekerja sendiri (SEP) yang layak, seperti pemandu teksi, akan menerima $1,000 setiap bulan selama sembilan bulan di bawah satu skim baru dalam usaha membantu golongan tersebut semasa tempoh mencabar ini. Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, untuk membentuk Skim Pelepasan Pendapatan bagi SEP (Sirs) bagi tempoh ini. Pemerintah akan memperuntukkan $1.2 bilion bagi skim itu, dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan memberikan perincian lanjut. “Dalam Belanjawan…

Read More

236 kes pulih, 131 kes baharu

PUTRAJAYA  6 April – Jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad hari ini mencatatkan jumlah harian yang tertinggi iaitu 236 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj dari wad adalah 1,241 kes.  “Jumlah ini adalah 32.72 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini. Dr Noor Hisham berkata sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 131 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah…

Read More

RM10 bilion bantu PKS

PUTRAJAYA 6 April  – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) memperuntukkan RM10 bilion khusus untuk membantu meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pertama Menteri, Muhyiddin Yassin berkata pakej rangsangan tambahan ini akan dapat menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan. Katanya, antara langkah-langkah tambahan yang diambil ialah peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu akan dinaikkan kepada RM13.8 bilion daripada RM5.9 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion. Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke…

Read More

Ramai ingkar arahan hari Ahad

PUTRAJAYA: Ramai yang mengambil kesempatan keluar rumah pada hari minggu, Ahad seolah-olah itulah hari ‘cuti mingguan’ sedangkan dalam tempoh sehingga 14 April ini, setiap hari adalah cuti. Keadaan itu menyebabkan jumlah tangkapan meningkat kerana ramai individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 554 individu ditahan di sekatan jalan raya dan rondaan oleh pihak polis semalam dan ia sekali gus menyumbang kepada peningkatan sebanyak 51 peratus. Katanya, orang ramai tidak harus menganggap hari minggu sebagai hari cuti dan mengambil kesempatan untuk keluar…

Read More

51 kes baharu di Thailand

BANGKOK: Thailand mencatatkan 51 kes positif baharu Covid-19 di negara itu dengan tiga lagi kematian dicatatkan pada Isnin. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Taweesin Wisanuyothin, berkata daripada jumlah tersebut, 13 kes baharu adalah membabitkan petugas kesihatan yang merawat atau terbabit secara langsung dengan pesakit. Katanya, hampir sebahagian kes baharu itu dikesan di Bangkok. Setakat ini, Thailand mencatatkan kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,220 dengan 26 kematian sejak penularan pertama dikesan pada Januari lalu. Daripada 2,220 kes, sebanyak 793 pesakit telah sembuh manakala 1,401 masih dirawat di hospital. Berhubung perintah berkurung dari 10…

Read More

Angka cecah 1.27 juta

ANGKA jangkitan Covid-19 seluruh dunia mencecah 1.26 juta dengan empat buah negara melepasi angka 100,000 kes positif. Sehingga pukul 6 pagi waktu tempatan hari ini, Amerika Syarikat mendahului dengan 331,234, diikuti Sepanyol (130,854), Itali  (128,948) dan Jerman mencatatkan 100,024. Bagaimanapun sehingga 10 pagi ini, angka  itu meningkat kepada 1.27 juta. Jumlah jangkitan seluruh dunia hanya mengambil masa selama tiga hari untuk pertambahan sebanyak 263,000 kes apabila keseluruhan jangkitan melepasi angka 1 juta pada, Jumaat lalu. Menurut data daripada Johns Hopkins University, Perancis mempunyai 93,755 kes positif Covid-19 dan dijangka melepasi…

Read More

Boris Johnson masuk hospital

PERDANA Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson dimasukkan ke hospital pada Ahad untuk menjalani ujian lanjut kerana masih menunjukkan simptom selepas 10 hari disahkan positif Covid-19. Menurut Downing Street, ia dilakukan sebagai “langkah berjaga-jaga” kerana beliau mempunyai suhu badan yang tinggi. Atas nasihat doktor, Johnson telah dimasukkan ke hospital malam ini untuk menjalani beberapa ujian,” kata Downing Street dalam satu kenyataan. “Ia adalah langkah berjaga-jaga, memandangkan perdana menteri masih menunjukkan simptom koronavirus secara berterusan 10 hari selepas disahkan positif.” Namun, beliau kekal menerajui kerajaan British ketika ini. Laporan tersebut dikeluarkan…

Read More