SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan seorang lagi pesakit meninggal dunia tengah hari ini, akibat komplikasi jangkitan Covid-19.
Dalam kenyataannya di sini, MOH menjelaskan, lelaki tempatan berumur 70 tahun itu tiada sejarah perjalanan ke negara luar dan rantau ini yang dijangkiti virus bahaya itu.
Bagaimanapun, lelaki itu menghidap darah tinggi dan hiperlipidaemia, telah dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 29 Februari dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada 2 Mac.
Menurut kementerian itu lagi, pesakit berkenaan mendapat rawatan di unit penjagaan rapi (ICU) sejak dimasukkan ke hospital itu.
Lelaki itu mengalami komplikasi teruk dan seterusnya dijangkiti virus itu selepas 27 hari dalam ICU.
Singapura dilaporkan mencatat kes positif pertama pada 23 Januari dan dua kematian pertama pada 21 Mac.
Republik itu juga mencatatkan 802 kes positif manakala 198 telah pulih.