PKPD di Sungai Lui

  KUALA LUMPUR 29 Mac  – Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, mulai tengah malam ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD itu melibatkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu. Perintah yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 30 Mac hingga 13 April itu melibatkan 3,918 orang penduduk merangkumi 700 rumah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Ismail Sabri menjelaskan keputusan itu dibuat setelah mengambil kira jumlah kes positif Covid-19…

Read More

7 kematian, 150 kes baharu

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sejumlah tujuh kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini adalah 34 kematian. Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan bahawa salah seorang mangsa yang meninggal dunia berusia 27 tahun, iaitu mangsa termuda yang maut akibat wabak tersebut. Malah, sehingga 29 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan. “Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 2,470 kes. Sehingga kini, seramai 73 kes positif Covid-19 sedang dirawat di…

Read More

Hati-hati mencari penawar

SEJAK Covid-19 melanda, macam-macam petua muncul bagi mengawal wabak yang semakin menggila di serata dunia. Tidak ada senjata moden yang mampu menghadapi musuh ini. Belum ada vaksin atau penawar khusus. Apa  sahaja yang dikatakan pelindung atau penawar yang ‘melintas’ di depan mata akan disambar. Selain penutup hidung dan mulut dan pembersih kuman (sanitizer) muncul pelbagai petua atau idea untuk sekurang-kurangnya dianggap sebagai bahan pencegah bagi menghadapi Covid-19. Ini satu keperluan, bukan dongengan tetapi awas supaya tidak terbeli barangan tiruan yang tidak mematuhi piawaian atau standard. Begitu juga petua lain yang…

Read More

Kematian ketiga di Singapura

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan seorang lagi pesakit meninggal dunia tengah hari ini, akibat komplikasi jangkitan Covid-19. Dalam kenyataannya di sini, MOH menjelaskan, lelaki tempatan berumur 70 tahun itu tiada sejarah perjalanan ke negara luar dan rantau ini yang dijangkiti virus bahaya itu. Bagaimanapun, lelaki itu menghidap darah tinggi dan hiperlipidaemia, telah dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 29 Februari dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada 2 Mac. Menurut kementerian itu lagi, pesakit berkenaan mendapat rawatan di unit penjagaan rapi (ICU) sejak dimasukkan ke hospital itu. Lelaki itu mengalami komplikasi…

Read More

Pasport batal akibat abai Notis Jangan Keluar Rumah

SINGAPURA – Sikap degil membawa padah. Begitulah yang berlaku terhadap seorang warganegara Singapura apabila Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) membatalkan pasportnya kerana melanggar notis duduk di rumah susulan wabak Covid-19. Penguasa ICA memberitahu, lelaki berumur 53 tahun itu diberi notis itu pada 19 Mac sejurus tiba di Singapura menerusi terminal feri Tanah Merah selepas ke Batam, Indonesia pada 3 Mac lalu. Singapura telah mengumumkan bahawa berkuatkuasa 16 Mac, semua pelancong yang masuk ke republik itu selepas mengembara ke mana-mana negara ASEAN yang lain dalam tempoh 14 hari sebelumnya mesti kekal di rumah mereka untuk…

Read More

Covid-19 : Sekeluarga tetap ceria dikuarantin

  KUALA LUMPUR 28 Mac  — Meskipun sekeluarga positif COVID-19, namun lima beradik yang kini dikuarantin di Hospital Teluk Intan, Perak, terus ceria dan tidak berputus asa. Sejak semalam, video kiriman Erika Syamim Samsu Ambia, 17, tular di laman Twitter yang menyaksikan beliau dan adik-beradiknya merakamkan video TikTok. “Even though positive COVID, kami as a family will go through this together. Plus, health condition kita orang okay je. Here’s a Tik Tok we made to entertain ourselves kat hospital tu,” tulisnya. (Walaupun positif COVID, kami sekeluarga bersama-sama akan melalui detik ini. Tahap kesihatan kami okay…

Read More

AS paling banyak kes

AMERIKA Syarikat (AS) terus mendahului negara lain sebagai negara paling banyak mempunyai kes jangkitan Covid-19 dengan jumlah keseluruhannya setakat ini meningkat kepada 119,758. Menurut data Johns Hopkins University, setakat pukul 6 pagi ini (waktu Malaysia), negara itu muncul sebagai satu-satunya negara yang mempunyai kes positif melepasi angka 100,000. Dalam tempoh 24 jam lepas, AS mencatatkan peningkatan kes positif sebanyak lebih 15,000, manakala angka kematian  mencecah hampir 2,000, dengan jumlah 1,991 mangsa. Angka korban dan jangkitan paling tinggi adalah di New York, Washington dan New Jersey – masing-masing mencatatkan 517, 125…

Read More

Status 3 ubat rawat Covid-19

KUALA LUMPUR 29 Mac  – Bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Beliau berkata bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan Covid-19. “Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal…

Read More