Ada yang kisah petrol turun?

KUALA LUMPUR : Selain solat Jumaat, hari Jumaat juga dinanti kerana akan ada pengumuman mengenai naik turun harga petrol. Tetapi sejak minggu lalu, kebanyakan orang mungkin yang tidak ambil peduli lagi kerana naik turun sama sahaja. Mereka tidak boleh bergerak jauh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Entah-entah yang diisi minggu lepas pun belum habis. Minggu ini turun lagi. Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun enam sen seliter, masing-masing kepada RM1.38 dan RM1.68 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 3 April. Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan turut memaklumkan…

Read More

4 kematian, 130 kes baharu

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat empat lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia sebanyak 26 kes. Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Jumaat, terdapat 130 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 2,161 kes. Sehingga kini, seramai 54 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 34 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian di sini, pada Jumaat. “Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) adalah seorang lelaki…

Read More

Pakej PRIHATIN RM250 bilion

KUALA LUMPUR 27 Mac – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebanyak RM250 billion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19. Jumlah itu termasuk suntikan fiskal sebanyak RM22 bilion, jaminan kerajaan sebanyak RM55 bilion dan lain-lain inisiatif yang mencakupi lebih RM153 bilion. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, yang turut merangkumi RM20 billion yang telah diumumkan sebelum ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana…

Read More

KIRAAN PM BUAT MAKCIK KIAH TERSENYUM

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) Contoh bantuan yang diberi MAKCIK Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak…

Read More

Hargai pengorbanan pemimpin

KERJA belum cukup sebulan tetapi gaji dah kena potong dua bulan. Macam mana tu? Jawabnya tidak ada gaji. Gaji pertama selepas masuk kerja hanya akan dirasai pada bulan ketiga, iaitu Mei. Begitulah pengorbanan yang dilakukan oleh barisan Kabinet Malaysia yang mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mac, kecuali Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac. Orang di luar sana boleh membuat pelbagai andaian atau pandangan sama ada secara ikhlas atau sinis berhubung keputusan Kabinet ini. Benarlah kehidupan mereka tidak bergantung kepada gaji menteri semata-mata tetapi hakikatnya mereka menunjukkan kesungguhan…

Read More

AS dahului kes positif

BILANGAN kes positif jangkitan Covid-19 di seluruh dunia mencapai angka setengah juta orang pada Khamis apabila kes meningkat kepada 59,089 kes dalam tempoh 24 jam, berbanding 466,955 kes pada Rabu. Amerika Syarikat (AS) pula mengatasi China dan Itali untuk muncul sebagai negara paling ramai kes positif Covid-19. AS mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes sebanyak 17,119, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kepada 82,404. New York, Washington dan California merupakan bandar yang paling terjejas teruk di negara Uncle Sam itu. Angka kematian di AS pula melepasi paras 1,000 mangsa dengan keseluruhannya sebanyak…

Read More