Indonesia catat 38 kematian

INDONESIA mencatatkan 105 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu (25 Mac 2020) menjadikan keseluruhan 790 kes dengan tiga lagi kematian direkodkan.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto dalam sidang akhbar petang ini berkata ia menjadikan jumlah kematian 58 kes.
Jakarta mencatatkan kematian tertinggi dengan 31 kes, Jawa Barat 10 kes, Banten dan Jawa Tengah masing-masing empat kes, Bali dan Yogyakarta masing-masing dua kes, manakala Kepulauan Riau, Jawa Timur, Sumatera Selatan, Sumatera Utara dan Sulawesi Selatan masing-masing mencatatkan satu kes.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan SINGAPURA (MOH) melaporkan tambahan 73 kes baharu dengan 38 adalah kes import. Jumlah keseluruhan kes adalah 631.
MOH dalam kenyataan hari ini berkata 38 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, ASEAN dan beberapa negara Asia.
Salah satu kes import melibatkan seorang lelaki Malaysia berusia 30 tahun yang merupakan pemegang Pas Kerja Singapura.
Sementara itu, 27 kes lain dikaitkan dengan kluster atau kes-kes sebelumnya sementara lapan kes setakat ini belum dipastikan kaitan dengan kes lain dan pengesanan kontak masih dijalankan.
Daripada 404 kes disahkan yang masih berada di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau semakin pulih sementara 17 lagi dalam keadaan kritikal

Di KUALA LUMPUR, satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat penularan jangkitan itu di Malaysia adalah 20 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi catatan terbaharu di laman Facebooknya, beliau berkata kes kematian ke-20 itu merupakan kes ke-780 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
“Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020. KKM (Kementerian Kesihatan) ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” menurut catatan itu. 

Related posts

Leave a Comment