Enam zon Merah Covid-19

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkategorikan mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes Covid-19, sebagai zon merah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Langkah itu bagi memastikan pihaknya menumpu kepada daerah-daerah yang terjejas sebagai langkah pencegahan awal.

“Jadi kalau warna merah tu kita akan pastikan gunakan geolokasi dan kita akan tahu daerah-daerah di setiap negeri yang terlibat.

Dan usaha kita iaitu Pejabat Kesihatan Negeri akan melihat kepada tempat-tempat yang lebih fokus. maksudnya sekarang ini, kita melaksanakan pencegahan awal kalau kita tahu daerah mana yang terlibat,” jelasnya.

Setakat jam 12 tengah hari (22 Mac), sebanyak enam kawasan atau daerah dari seluruh negara dilabelkan sebagai kawasan zon merah akibat wabak Covid -19.

Daerah yang dilabel sebagai kawasan zon merah mengikut taburan kes tertinggi adalah:
* Petaling Jaya (96 kes)
* Lembah Pantai (90 kes)
* Hulu Langat (75 kes)
* Johor Bahru (52 kes)
* Seremban (42 kes)
* Titiwangsa (40 kes)

Related posts

Leave a Comment