Enam zon Merah Covid-19

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkategorikan mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes Covid-19, sebagai zon merah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Langkah itu bagi memastikan pihaknya menumpu kepada daerah-daerah yang terjejas sebagai langkah pencegahan awal. “Jadi kalau warna merah tu kita akan pastikan gunakan geolokasi dan kita akan tahu daerah-daerah di setiap negeri yang terlibat. Dan usaha kita iaitu Pejabat Kesihatan Negeri akan melihat kepada tempat-tempat yang lebih fokus. maksudnya sekarang ini, kita melaksanakan pencegahan awal kalau kita tahu daerah mana yang terlibat,”…

Read More

Cari pesara pakar, jururawat

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menggerakkan kakitangan seperti pegawai kesihatan dan jururawat dari negeri lain ke lokaliti yang mempunyai kes yang tinggi dalam usaha untuk menangani penularan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada sama, pihaknya memulakan usaha mengambil semula jururawat dan pakar yang sudah bersara untuk kembali berkhidmat. KKM juga bekerjasama rapat dengan hospital swasta dan sudah mengadakan dua sesi perbincangan untuk melihat kes bukan COVID-19 yang boleh dihantar untuk dirawat di hospital swasta. Pada masa sama KKM mendapat kerjasama dengan doktor dalam Persatuan Perubatan…

Read More

10 kematian di Makaysia

KUALA LUMPUR : Malaysia telah mencatat kematian ke-10 pada hari ini susulan dua lagi kematian dilaporkan pada 22 Mac 2020. Kematian itu melibatkan kes ke-890 iaitu doktor perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes ke-259 iaitu daripada kluster tabligh di Sri Petaling. Mangsa ke-10 merupakan seorang lelaki berusia 74 tahun dari kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom pada 8 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meninggal dunia pada jam 4.05 petang Ahad. Manakala kes kematian ke-9 membabitkan seorang lelaki berumur 48…

Read More

Covid-19: Hampir 1 bilion berkurung

NEW YORK: Hampir satu bilion penduduk dunia terpaksa berkurung dalam rumah masing-masing, dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah turut menguatkuasakan perintah itu ketika jumlah korban Covid-19 kini melonjak kepada 13,000. Lebih satu per tiga daripada seluruh rakyat Amerika terpaksa menyesuaikan kehidupan harian mereka dengan pelbagai fasa perintah berkurung, termasuk di New York, Los Angeles dan Chicago yang juga bandar berpenduduk paling padat, malah lebih banyak lagi negeri dijangka mengambil langkah meningkatkan sekatan. New Jersey menjadi negeri terbaru di AS melaksanakan sekatan pergerakan bagi mengekang penularan pantas pandemik itu yang…

Read More

Awas penyebar berita palsu

DALAM tempoh kerajaan menghadapi penularan wabak Covid-19, pelbagai berita atau laporan palsu tersebar melalui media sosial sehingga ia mencetuskan kegelisahan, kekeliruan serta rasa takut dan panik dalam kakangan orang tamai. Berikutan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pihak polis mengambil tindakan tegas dan setakat ini 42 kertas siasatan sedang disiasat dengan 13 kertas siasatan telah dibuka. Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Saifuddin Abdullah menerusi laman Twitter rasminya berkata, enam daripadanya telah mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan. Beliau turut mendedahkan contoh berita palsu tersebut,…

Read More

Doktor mangsa kesembilan

KUALA LUMPUR 22 Mac  – Satu lagi kes kematian dicatatkan hari ini akibat Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara sebanyak sembilan orang setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata individu itu merupakan seorang doktor perubatan Kementerian Kesihatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Turki. Kes jangkitan ini disyaki bukan daripada kalangan petugas barisan hadapan mahupun daripada kalangan rakan kerja yang berhadapan dengan pesakit Covid-19, ia adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara, tegasnya. Menurutnya warganegara berusia 48 tahun itu merupakan kes ke-890. “Beliau dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17…

Read More

Jangan biarkan barisan hadapan kita tumbang

HARGAILAH mereka, barisan hadapan perkhidmatan kesihatan yang sedang bertungkus lumus menyelamat dan mencegah penularan wabak Covid-19. Mereka kini ibarat di medan perang. Musuh mereka ada yang di depan mata tetapi yang lebih menyukarkan adalah bagi menghadapi musuh yang tidak kelihatan. Tidak ada jaminan ketika sedang ‘berjuang’ itu, tiba-tiba mereka ‘diserang’ dari segenap penjuru. Jika bernasib baik akan selamat, jika tidak tewas. Begitulah realiti kehidupan petugas-petugas kesihatan hari ini dalam usaha merawat, mencegah dan mengekang wabak koronavirus Covid-19. Dengan kes yang terus meningkat, kematian bertambah, kini tugas mereka semakin berat dan…

Read More