Covid-19 cecah 100,000 kes

JUMLAH kes Covid-19 telah mencecah 100,000 orang ( sembilan jam lalu) di seluruh pelusuk dunia dengan beberapa negara terus mencatatkan kes pertama atau pertambahan kes baharu dan kematian.

Peru, Vatican City, Sebria, Cameroon, Togo, Bratislava adalah antara negara yang mencatatkan kes pertama.

Di United Kingdom, sebanyak 47 kes baharu dilaporkan menjadikan 163 kes , pertambahan mendadak dalam masa sehari

Beberapa negara lain yang menunjukkan pertambahan kes adalah Switzerland, 18 kes menjadikan 185, Mesir 12 kes, Perancis 154 kes serta dua kematian, Sepanyol 86 kes dan Singapura 13 kes.

Malaysia turut mengesahkan 28 lagi individu positif jangkitan koronavirus (Covid-19) setakat tengah hari semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan positif Covid-19 sebanyak 83 kes dan 19 daripadanya sudah dibenarkan pulang.

Beliau berkata, semua kes positif berkenaan adalah rakyat tempatan dalam kalangan kontak rapat, Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) dan Misi Bantuan Kemanusiaan.

“Daripada jumlah itu, 65 warganegara Malaysia, China (15) manakala lain-lain warganegara iaitu Amerika Syarikat, Jepun dan Itali (3).

“Sehingga kini, 956 kontak rapat sudah dikenal pasti. Daripada jumlah itu, sebanyak 258 kontak rapat kepada kes ke-26 yang dikesan dan diambil sampel.

(sehingga 8 pagi 7/03/2020)

Related posts

Leave a Comment