Semoga dua Tanah Suci pulih

PAGI ini seorang rakan yang sedang berada di Makkah mengirimkan WhatsApp memberitahu, mereka terhalang seketika untuk memasuki Masjidilharam. Bagaimanapun sejam sebelum Subuh dibenarkan masuk. Maknanya tidak ada iktikaf sepanjang malam atau tidur di dalam masjid. Sebelum ini, aktiviti tawaf atau umrah tidak dibenarkan bagi kerja-kerja pembersihan. Akibatnya dataran Kaabah lengang. Memang sedih mendengar dan melihat situasi ini. Kaabah yang tidak putus-putus dengan manusia tawaf mengelilinginya tiba-tiba tidak ada yang melakukan perbuatan itu. Keadaan lengang. Tidak kelihatan suasana yang berasak-asak. Tiada lagi mereka yang berasak-asak untuk menghampiri dan mencium Hajarulaswad. Betapa…

Read More

Covid-19 cecah 100,000 kes

JUMLAH kes Covid-19 telah mencecah 100,000 orang ( sembilan jam lalu) di seluruh pelusuk dunia dengan beberapa negara terus mencatatkan kes pertama atau pertambahan kes baharu dan kematian. Peru, Vatican City, Sebria, Cameroon, Togo, Bratislava adalah antara negara yang mencatatkan kes pertama. Di United Kingdom, sebanyak 47 kes baharu dilaporkan menjadikan 163 kes , pertambahan mendadak dalam masa sehari Beberapa negara lain yang menunjukkan pertambahan kes adalah Switzerland, 18 kes menjadikan 185, Mesir 12 kes, Perancis 154 kes serta dua kematian, Sepanyol 86 kes dan Singapura 13 kes. Malaysia turut…

Read More

Penurunan harga petrol & diesel

PETALING JAYA: Putrajaya hari ini mengumumkan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 19 sen, RON97 murah 21 sen dan diesel dikurangkan 17 sen mulai esok hingga 13 Mac ini. Harga RON95 dikurangkan daripada RM2.08 kepada RM1.89, RON97 daripada RM2.40 kepada RM2.19 dan diesel daripada RM2.13 kepada RM1.96 seliter. Ia antara penurunan paling banyak sejak Kementerian Kewangan mengumumkan penetapan harga siling RON95 dan diesel pada kadar RM2.08 serta RM2.18 seliter pada 27 Feb 2019 dan pertukaran kerajaan pada minggu lalu. Hakikatnya, penurunan itu tiada kaitan politik  

Read More