22 FEBRUARI 2020 KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI MENGENAI KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA MENGHENTIKAN PROSIDING TERHADAP INDIVIDU-INDIVIDU YANG MENYOKONG KUMPULAN LIBERATION TIGERS OF TAMIL EELAM (LTTE) 1. Saya ingin merujuk Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Peguam Negara berhubung keputusannya untuk menghentikan prosiding jenayah di mahkamah terhadap individu-individu yang menyokong kumpulan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 21 Februari 2020. Peguam Negara juga turut mencadangkan supaya saya selaku Menteri Dalam Negeri mengkaji semula kedudukan LTTE sebagai kumpulan pengganas. 2. Adalah ditegaskan bahawa menurut seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,…
Read MoreMonth: February 2020
Kematian di Itali, kes pertama Covid-19 di Israel
SEBANYAK 397 kes baharu jangkitan koronavirus Covid-19 disahkan di tanah besar China pada Jumaat menjadikan jumlah kes sebanyak 76,288. Suruhanjaya Kesihatan China Kebangsaan melaporkan, sebanyak 109 kematian direkodkan pada hari yang sama menjadikan jumlah 2,345 orang. Sementara itu, kebimbangan baharu tercetus apabila bekas pesakit Covid-19 di China disahkan positif virus itu 10 hari selepas dibenarkan meninggalkan hospital. Di Itali, seorang lelaki berusia 78 tahun menjadi mangsa pertama jangkitan Covid-19 di negara itu. Warga emas itu yang bekerja sebagai buruh kasar dilaporkan meninggal dunia di Padua. Sementara itu Korea Selatan melaporkan…
Read MoreMedia Hari Ini 22.02.2020
Terpulang kepada saya – PM
PUTRAJAYA: “Teruplang kepada saya”, itu kata Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berhubung tarikh peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebulat suara bersetuju peralihan kuasa akan ditentukan sepenuhnya oleh Dr Mahathir. Dr. Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat selama tiga jam itu berkata ada dua pendapat, tetapi akhirnya, semuanya diserah kepada beliau dan yang lain akan ikut. “Peralihan berlaku lepas APEC, no time, do date, no nothing’ (tiada masa, tiada, tarikh, tiada apa pun). “Semuanya terpulang pada saya sama ada nak lepas atau tidak. Itu kepercayaan parti kepada…
Read MoreRON95, RON97 naik 0.02 sen
Kematian meningkat
BEIJING: China terus mencatatkan kes baharu apabila 889 lagi disahkan menghidap Covid-19 menjadikan jumlah kes sebanyak 75,465 kes. Jumlah kematian pula kini 2,236 di mana Hubei mencatatkan 115 kematian sementara di Wuhan, 99 orang. Di Korea Selatan, sebanyak 52 kes lagi dilaporkan menjadikan 156 kes. Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kemerosotan berterusan dalam jumlah kes jangkitan koronavirus baru di China menggalakkan. Namun, WHO memberi amaran bahawa jangkitan di luar negara masih boleh merebak. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam satu taklimat di Geneva berkata, sehingga kini, 25…
Read MoreTempoh kritikal bakal PM selepas malam ini.
ISU peralihan kuasa Perdana Memteri (PM) menjadi tumpuan malam ini. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dijangka memuktamadkan proses peralihan ini. Hakikatnya isu ini bukanlah agenda utama mesyuarat kerana PM dan bakal PM sudah bersetuju dengan formula peralihan. Cuma timbul kegelisahan dan keraguan apabila ada unsur-unsur di luar PH malahan dalaman PH yang didakwa boleh menjejaskan persefahaman ini. Maka formula penyelesaian yang tuntas dan meyakinkan amat perlu. Adakah formula peralihan itu perlu dimuktamadkan secara bertulis atau sebaliknya? Mungkin parti komponen PH perlu membuat penegasan sekali lagi. Nyatakan secara ‘hitam putih’…
Read MoreKelebihan Jumaat
Media Hari Ini 21.02.2020
Covid-19 : Kematian di Iran, Korea Selatan
PIHAK Berkuasa Kesihatan Hubei melaporkan 108 lagi pesakit meninggal dunia pada Rabu menjadikan jumlah kematian 2,029. Secara keseluruhan kematian di tanah besar China sekurang-kurangnya 2,112. Dua negara lagi mencatatkan kematian pertama iaitu di Iran dan Korea Selatan sementara jumlah kes keseluruhan kini melebihi 75,000. Di Iran, dua pesakit meninggal dunia selepas disahkan positif COVID-19 pada Rabu. Ini korban pertama di Asia Barat dan yang ke-7 dan ke-8 di luar China. Agensi berita IRNA pula memetik jurucakap kementerian, Kianoush Jahanpour, sebagai berkata virus terbabit dikesan pada dua warga emas dengan masalah…
Read More