PUTRAJAYA: “Teruplang kepada saya”, itu kata Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berhubung tarikh peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebulat suara bersetuju peralihan kuasa akan ditentukan sepenuhnya oleh Dr Mahathir.
Dr. Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat selama tiga jam itu berkata ada dua pendapat, tetapi akhirnya, semuanya diserah kepada beliau dan yang lain akan ikut.
“Peralihan berlaku lepas APEC, no time, do date, no nothing’ (tiada masa, tiada, tarikh, tiada apa pun).
“Semuanya terpulang pada saya sama ada nak lepas atau tidak. Itu kepercayaan parti kepada saya, Alhamdulillah,” katanya pada sidang media malam tadi.
Menjawab pertanyaan mengenai perjanjian melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke lapan, Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak dibincangkan.
“Keputusannya, saya sendiri akan menentukan tarikh (melepaskan jawatan) selepas APEC. Keputusan yang dicapai itu adalah sebulat suara,” katanya.