Kematian meningkat

BEIJING: China terus mencatatkan kes baharu apabila 889 lagi disahkan menghidap Covid-19 menjadikan jumlah kes sebanyak 75,465 kes.

Jumlah kematian pula kini 2,236  di mana Hubei mencatatkan 115 kematian sementara di Wuhan, 99 orang.

Di Korea Selatan, sebanyak 52 kes lagi dilaporkan menjadikan 156 kes.

Sementara itu,  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kemerosotan berterusan dalam jumlah kes jangkitan koronavirus baru di China menggalakkan.

Namun, WHO memberi amaran bahawa jangkitan di luar negara masih boleh merebak.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam satu taklimat di Geneva berkata, sehingga kini, 25 negara lain telah melaporkan 1,076 kes kepada WHO, termasuk lima orang di Iran yang baru terjejas. 

Dr Tedros berkata jumlah itu sangat rendah berbanding dengan hampir 75,000 di China, tetapi keadaan itu mungkin berubah.

Related posts

Leave a Comment