Sokong PM Muhyiddin

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN) dan Pas menamakan Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana Menteri untuk diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, dalam kenyataan selepas Mesyuarat Ahli Dewan Bersatu, berkata seramai 36 Ahli Parlimen daripada parti itu menghadiri mesyuarat tersebut di Yayasan Al-Bukhary . Dalam kenyataan berasingan, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata seramai 42 Ahli Parlimen parti komponen BN iaitu UMNO (39 orang), MCA (dua orang) dan MIC (seorang) menyokong Muhyiddin. Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Annuar…

Read More

Tiada pemilihan PM 2 Mac

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dicadangkan pada 2 Mac tidak akan berlangsung.  Menurut Mohamad Ariff, beliau telah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai cadangan mesyuarat itu.  “Namun demikian saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) oleh kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap,” katanya dalam satu kenyataan.  Beliau menjelaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) , pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan olehnya selaku…

Read More

Covid-19 makin menular

BEBERAPA buah negara mencatatkan kes positif pertama Covid-19  ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  mengingatkan supaya setiap negara tidak mengambil mudah wabak ini. Negara-negara yang mencatatkan kes pertama itu termasuklah Lituania, Nigeria, San Marino dan Netherland. Di Teheran, jumlah kes meningkat kepada 254 kes iaitu 106 kes baharu dengan kematian 26 orang. Turut disahkan positif adalah  Timbalan Presiden Iran, Masoumeh Ebtekar yang juga memegang portfolio Hal Ehwal Wanita serta sekurang-kurangnya tujuh pegawai kerajaan. Sebelum ini  Timbalan Menteri Kesihatan dan seorang pegawai kanan kerajaan juga disahkan positif. WHO menyuarakan kebimbangan angka kematian…

Read More