TAIPEI: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Taiwan hari ini, kematian pertama di pulau itu selepas wabak berkenaan bermula di China.
Menteri Kesihatan, Chen Shih-chung, dalam satu sidang media, berkata mangsa adalah seorang lelaki berusia 60an, yang tidak mengunjungi mana-mana negara baru-baru ini dan menghidap penyakit kencing manis serta hepatitis B.
Setakat ini Taiwan mencatatkan 20 kes Covid-19.
Sebelum ini kematian di luar China dilaporkan satu kes masing-masing di Jepun, Hong Kong, Filipina dan Peranchis.
Sehingga Ahad, jumlah kematian di China meningkat kepada 1,665 orang apabila 142 lagi disahkan meninggal dunia sementara jumlah kes melebihi 68,000