Kematian Covid-19 meningkat

CHINA mencatatkan 116 kematian baharu Covid-19 di wilayah Hubei seperti dilaporkan dalam tempoh setakat (10.30 pagi) hari ini.

Setakat ini jumlah keseluruhan kematian yang dicatatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 1,489 orang.

Di Hubei juga, sebanyak 4,823 kes baharu dicatatkan menjadikan 52,986 kes.

Sementara itu semalam, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan lapan lagi kes baharu yang positif jangkitan Covid-19 dan kesemuanya mempunyai kaitan dengan kes-kes terdahulu.

Kes-kes positif baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Singapura setakat ini ialah 58.

MOH berkata dua kes baharu itu membabitkan rakyat Bangladesh dan mempunyai kaitan dengan tapak pembinaan Seletar Aerospace Heights manakala lima lagi dikaitkan dengan gereja Grace Assembly of God.

Satu kes baharu membabitkan ahli keluarga kes ke-50 yang bertugas di DBS Asia Central di Pusat Kewangan Marina Bay.

Kesemua kes baharu itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini dan ditempatkan di dalam bilik isolasi di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Related posts

Leave a Comment