Covid-19 beri kesan ekonomi

PENULARAN wabak Covid-19 (koronavirus) akan memberi kesan yang ketara kepada ekonomi, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. “Kesannya akan ketara, sekurang-kurangnya dalam beberapa suku akan datang. Ia merupakan penularan besar. Saya rasa ia sudah melampaui Sars,” katanya. Situasi ini disebabkan ekonomi rantau ini lebih saling berkait terutama melibatkan China, yang menjadi pusat wabak itu. “Saya tidak boleh kata sama ada akan terdapat kemelesetan atau tidak. Ia mungkin berlaku, tetapi tentunya, ekonomi kita akan terjejas,” katanya kepada media semasa melawat Terminal 3 Lapangan Terbang Changi Beliau berkata, kehidupan perlu diteruskan dengan…

Read More

Kematian Covid-19 meningkat

CHINA mencatatkan 116 kematian baharu Covid-19 di wilayah Hubei seperti dilaporkan dalam tempoh setakat (10.30 pagi) hari ini. Setakat ini jumlah keseluruhan kematian yang dicatatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 1,489 orang. Di Hubei juga, sebanyak 4,823 kes baharu dicatatkan menjadikan 52,986 kes. Sementara itu semalam, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan lapan lagi kes baharu yang positif jangkitan Covid-19 dan kesemuanya mempunyai kaitan dengan kes-kes terdahulu. Kes-kes positif baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Singapura setakat ini ialah 58. MOH berkata dua kes baharu itu membabitkan rakyat Bangladesh dan mempunyai kaitan dengan tapak…

Read More