SETELAH lebih sebulan dan 28 negara dikesan terlibat dengan wabak Coronavirus yang telah meragut lebih 1,000 jiwa, Indonesia serta beberapa negara anggota ASEAN lain belum mencatatkan sebarang kes positif.
Dalam kalangan negara anggota ASEAN, selain Indonesia, turut bebas wabak itu setakat ini adalah Brunei Darussalam, Myanmar dan Laos.
Setakat ini Singapura mendahului rakan-rakan ASEAN lain dengan 45 kes diikuti Thailland (32), Malaysia (18), Vietnam (15), Filipina tiga kes dan serta satu kematian dan Cambodia (1),
Kenapa Indonesia yang turut menerima kemasukan pelancong yang ramai dari China masih bebas wabak ini?
Ada laporan mengatakan Indonesia belum terkesan disebabkan faktor cuaca dan virus berkenaan dikatakan tidak mampu hidup pada suhu tertentu.
Ketua Umum Pokja Infeksi Pengurus Pusat (PP) Perhimpunan Doktor Paru Indonesia (PDPI) Erlina Burhan mengatakan, virus coronatidak menular hanya melalui udara.
“Saya sudah sampaikan, virus ini menjadi tidak aktif kalau ada sinar ultraviolet dari matahari,” kata Erlina di Cikini, Jakarta, baru-baru ini.
Dalam satu temu bual dengan media pada bulan lalu,, Erlina mengemukakan bahawa kemungkinan, ada pengaruh suhu di Indonesia terhadap berkembang biaknya virus corona.
“Virus ini berkembang biak pada suhu yang dingin dengan kelembapan yang rendah. Kalau Indonesia dingin atau tidak? Tidak. Kelembapannya tinggi . Ini bukan tempat yang baik untuk virus berkembang biak,” kata Erlina.
Bagaimanaoun risiko tetap ada dan penduduk perlu memberi perhatian terhadap langkah-langkah pencegahan termasuk mengamalkan membasuh tangan dan memakai penutup hidung dan mulut.
Di samping itu Indonesia seperti negara-negara lain turut mengambil langkah berjaga-jaga terutama di pintu masuk pelancong iaitu melalui lapangan terbang.
Indonesia turut menghentikan penerbangan ke China mulai 5 Februari lalu. Saringan penumpang dari negara itu juga dilakukan suoaya mereka yang berada di China selama 14 hari tidak dibenarkan masuk atau transit di negara itu..