DAP taja bendera besar, sedia edar 831 Jalur Gemilang

SEPANG 12 Ogos – DAP menaja Jalur Gemilang gergasi di hadapan sebuah kedai di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk tontonan umum, sebagai menunjukkan ia telah dipasang dengan betul, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.

Pada masa yang sama,  DAP Pulau Pinang juga akan mengedarkan 831 helai Jalur Gemilang percuma sebagai tanda semangat perpaduan sempena Hari Kemerdekaan sekiranya ada pihak yang cuba mengganggu ketenteraman di kawasan kedai itu.

Katanya, tindakan DAP itu adalah untuk menangani pihak kurang matang yang dianggap cuba membuli dengan parti menunjukkan kewarasan berfikir yang lebih tinggi dan menggunakan cara yang aman dan beradab.

Semalam Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mendesak pihak pendakwa raya mengambil tindakan segera terhadap individu yang dikaitkan dengan kes Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, pihaknya memberi tempoh dua hari bermula Selasa untuk pendakwaan dilakukan selepas polis memaklumkan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya pada Isnin.

“Jika tiada sebarang tindakan hingga Rabu, Insya-ALLAH pada Khamis kami akan akan turun beramai-ramai mengadakan ‘kelas’ bagi mengajar individu ini cara memasang bendera dengan betul,” kata Akmal..

Loke dalam kenyataannya, berkata, DAP mengutuk keras tindakan pihak tertentu yang cuba memberi tekanan secara terbuka kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa pekedai yang tesilap memasang Jalur Gemilang di depan kedainya.

Sambil menyifatkan ia tindakan mencampuri dan cuba mempengaruhi keputusan pendakwaan tanpa pertimbangan sewajarnya, Loke berkata, pihak Peguam Negara perlu diberi ruang secara bebas untuk membuat keputusan tanpa tekanan politik.

“Pihak tersebut menggugut untuk mengadakan protes di depan kedai sekiranya tidak ada pendakwaan dalam masa terdekat. Ini adalah tindakan buli yang tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Bukan sahaja tindakan buli di sekolah perlu ditentang, tindakan buli terhadap warga emas juga perlu dibantah sekeras-kerasnya.,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment