SPRM dedah, Najib terkejut

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memainkan  beberapa set rakaman audio perbualan yang melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain yang disifatkan oleh ketua badan anti rasuah itu Latheefa Koya sebagai kebocoran maklumat daripada SPRM.

Pada sidang akhbar khas di sini, beliau berkata klip audio itu berkaitan dengan perbualan yang melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

“Kami telah diberikan rakaman itu … selaras dengan penyiasatan, kami dapat mengesahkan kesahihan mutlak rakaman berkenaan.

Kandungannya mengejutkan, ia adalah untuk menyembunyikan  dan subversif keadilan …. Demi  kepentingan awam, kami mendedehkan kepada umum kandungannya, “katanya mengenai sembilan set klip audio berdurasi kira-kira 45 minit itu.

Selepas semua rakaman audio diputarkan semasa sidang akhbar yang dijalankan secara langsung melalui televisyen, Latheefa berkata ia menimbulkan banyak perkara.

“Terdapat pelbagai isu serius yang timbul termasuk menyalahgunakan kuasa, konspirasi jenayah, menghalang keadilan, menjejaskan  keselamatan negara, membuat bukti palsu melalui bantuan asing dan membiarkan perbuatan salah,” tegas beliau.

Latheefa berkata pejabatnya akan menyerahkan bahan tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk memudahkan penyiasatan.

“Dalam episod kotor pengkhianatan kepercayaan awam dan jenayah ini, kita boleh bersyukur kerana ada seorang penjawat awam berani yang tahu tentang tugasnya – Tan Sri Abu Kassim Mohamed,” katanya.

Abu Kassim adalah ketua pesuruhjaya SPRM ketika perbualan telefon itu didakwa berlaku. Beliau digantikan oleh Dzulkifli pada 1 Ogos 2016.

SEMENTARA itu, Najib terkejut dengan pendedahan rakaman audio itu dan menyifatkan ia tidak pernah dilakukan dalam sejarah negara,
.
Bekas perdana menteri itu berkata pihaknya sedang mengkaji kandungan rakaman itu.

“Masa itu saya ketua kerajaan. Saya nak semak dulu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib berkata pendedahan itu dibuat “dekat masa Pilihan Raya Kecil Kimanis”, yang akan mengundi pada 18 Jan ini.
“Saya akan bincang dengan peguam saya,” katanya

Related posts

Leave a Comment