RUU IPCMC ditangguh

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang bersorak selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong meminta bacaan kali kedua dan ketiga dua Rang Undang-Undang (RUU) termasuk IPCMC yang mencetuskan kontroversi sebelum ini ditangguhkan ke sesi persidangan akan datang. RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 serta RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2019 bagi mengehadkan tempoh perjawatan Perdana Menteri tidak dibahaskan pada persidangan kali ini yang akan berakhir Khamis ini. Datuk Dr Shamsul Anur Nasarah (BN-Lenggong) kemudian bangun dan menegaskan: “Tak berani la tu, kita nak menteri sendiri…

Read More

Gulai Ikan Temenung

DI Kedah, bagi mereka yang gemar menyorok nasi bolehlah cari nasi gulai ikan temenung @ ikan kembung. Ada beberapa lokasi terutama di Kuala Kedah. Salah satu lokasi yang pernah dikunjungi ialah Restoran Gulai Ikan Temenung Haji Jamil, Jalan Batas Paip. Walaupun di situ banyak lauk tetapi pilihan ramai adalah gulai ikan temenung. Memang menyelerakan dengan gulai panas dan juga ikan goreng. Ditambah pula ulam betik rebus. Begitu juga dengan Kak Yang Gulai Panas Ikan Termenung Ori Kuala Kedah. Dekat jeti nelayan di situ boleh pilih sotong atau udang untuk goreng…

Read More

Berakhirkah riwayat Melayu sejati?

DALAM ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO 2016, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengingatkan cabaran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) serta kesannya terhadap orang Melayu sekiranya kuasa berpindah kepada DAP. Di bawah tajuk Keindukan Kerajaan Pimpinan UMNO VS Keindukan Kerajaan Pimpinan DAP (UMNO LED VS DAP LEDGOVERNMENT), Najib antara lain mengingatkan : “Seperkara lagi, yang tidak perlu saya selindung-selindung lagi, untuk kita sama-sama berwaspada adalah pilihan sama ada untuk mengekalkan Keindukan Kerajaan Pimpinan UMNO atau Keindukan Kerajaan Pimpinan DAP. Ertinya, orang-orang Melayu dan Bumiputera serta rakyat Malaysia keseluruhannya…

Read More

Siasat Selepas Berlangsung

PUTRAJAYA — Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) tidak pernah meluluskan sebarang perayaan separuh bogel yang dianjurkan Ekspo Tattoo Malaysia 2019, kata Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi. Beliau berkata, adalah mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu. “Itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur ekspo itu susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut. “Saya sudah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat…

Read More

Siasat Himpunan Bekas PKM

KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perhimpunan dipercayai dihadiri bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang, hari ini. BH Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata maklumat mengenai penganjuran program itu sudah diperoleh. “Setakat ini tiada sebarang laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung perhimpunan itu, bagaimanapun kita sudah memperoleh maklumat mengenai penganjurannya. “Ia berlangsung secara tertutup dan kita masih dalam tindakan menyiasat segala aspek yang berkaitan penganjuran perhimpunan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.…

Read More

Pek Nga

DI Utara, orang panggil Pek Nga. Khabarnya nama ni berasal dari kaedah membuatnya iaitu temPEK atas belaNGA. Nama lain adalah lempeng. Pagi-pagi menyorok Pek Nga memang menyelerakan. Ada Pek Nga kelapa dan ada Pek Nga pisang. Biasanya yang popular adalah Pek Nga kelapa, dimakan bersama kari ikan atau sambal sama ada bilis atau sotong. Di Kompleks Pasar Awam dan Penjaja Sementara, Jalan Todak, Seberang Jaya ada dijual Pek Nga. Nama gerai Khatijah Roti Jala, gerai No. 71. Boleh cuba jika melintasi kawasan berkenaan. Populariti makanan tradisional ini menyebabkan ia mudah…

Read More

Masjid Jeli

MASJID Sultan Muhammad I sebelum ini dikenali sebagai Masjid Jeli. Pertukaran nama dibuat pada tahun 2014. Masjid dengan kubah bersalut warna kuning emas ini terletak di persimpangsn lampu isyarat dan bertentangan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Mempunyai dewan solat yang luas, masjid ini mengalami perubahan dari semasa ke semasa sejak pembinaan pada tahun 1982. Ruang dalamnya pula dihiasi tulisan khat ayat-ayat suci al-Quran.

Read More