Gulai Ikan Temenung

DI Kedah, bagi mereka yang gemar menyorok nasi bolehlah cari nasi gulai ikan temenung @ ikan kembung. Ada beberapa lokasi terutama di Kuala Kedah. Salah satu lokasi yang pernah dikunjungi ialah Restoran Gulai Ikan Temenung Haji Jamil, Jalan Batas Paip. Walaupun di situ banyak lauk tetapi pilihan ramai adalah gulai ikan temenung. Memang menyelerakan dengan gulai panas dan juga ikan goreng. Ditambah pula ulam betik rebus.

Begitu juga dengan Kak Yang Gulai Panas Ikan Termenung Ori Kuala Kedah. Dekat jeti nelayan di situ boleh pilih sotong atau udang untuk goreng sebagai lauk tambahan. Begitulah pilihan menyorok sekiranya berada di Kedah. 

Related posts

Leave a Comment