Tunai janji hadapi PRK Semenyih

SELEPAS tewas Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Pakatan Harapan (PH) ditunjukkan formula atau strategi untuk mempertahankan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Walaupun semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Bakhtiar Mohd Nor, menang selesa dengan majoriti 8,964 undi, keadaan politik hari ini sudah berubah. PRK Cameron Highlands memberi isyarat yang jelas untuk PH lebih bersedia menghadapi PRK Semenyih pada bulan Mac ini. Strategi perang PRK Semenyih yang cuba diketengahkan oleh salah seorang pimpinan Bersatu, Tan Sri Rais Yatim adalah menunaikan janji seperti…

Read More

Boikot? Sembang atau realiti?

SEJAK kebelakangan ini timbul pelbagai cerita mengenai makanan halal, bersih dan suci. Isunya termasuk restoran ‘mamak’ milik bukan Islam, berselindung di sebalik ayat-ayat al-Quran, premis kotor, proses makanan meragukan iaitu tidak mengikut piawaian kebersihan dan berbagai-bagai lagi. Status halal juga meragukan. Halal bukan sekadar tidak ada babi atau arak tetapi juga berkaitan sembelihan. Makanan halal mestilah daripada produk yang halal termasuk ramuan di dalamnya tidak boleh dicampur dengan bahan-bahan haram atau syubhah. Halal tetapi ‘tidak bersih’ juga tidak membawa makna. Pendedahan mengenai cara penyediaan makanan, bahan-bahan dan persekitaran kedai atau…

Read More

Bicara tanpa sopan dan susila

SULTAN Muhammad V naik takhta ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan turun takhta selepas tujuh bulan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH). Kembali bersemayam di atas takhta Kelantan di bawah kerajaan yang sama, Pas. Namun semua itu tidak ada kena mengena dengan politik. Keputusan Tuanku perlu dihormati. Jangan sengaja menimbulkan spekulasi. Tidak seharusnya diberi persepsi negatif serta andaian yang melampau. Memang ini satu sejarah kepada institusi diraja kerana tempoh perkhidmatan belum berakhir. Apa pun faktor yang mendorong keputusan itu tidak seharusnya mendorong sesiapa juga cuba mencalarkan imej institusi dan raja.…

Read More

Koleksi larangan merokok

SELAMAT datang 2019. Hari ini bermula penguatkuasaan larangan merokok di semua restoran terbuka. Pengusaha dan pemilik kedai makan dan restoran perlu menaikkan tanda DILARANG MEROKOK selain tidak menyediakan kemudahan untuk merokok seperti bilik khas merokok dan bekas membuang puntung rokok. Perokok sudah tentu gelisah lebih-lebih lagi yang gemar lepak waktu malam sambil menonton bola sepak. Mereka bukan sekadar minum segelas teh tarik dan sekeping roti canai tetapi menghabiskan dua tiga batang rokok sebelum beredar. Kenapa terlalu sukar untuk tidak merokok di premis seumpama itu? Restoran bukan hanya tempat makan dan…

Read More