Hanya kerana undi, fitnah bakal mengotori PRU-14

MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pelbagai strategi akan diguna oleh parti-parti politik. Tidak ketinggalan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berpihak kepada kerajaan atau menyokong pembangkang. Begitu juga individu. Strategi ini adalah bagi menarik  perhatian pengundi-pengundi serta masyarakat seluruhnya. Ada yang baik dan ada yang tidak baik. Positif dan negatif. Strategi untuk memenangkan parti dengan kaedah yang betul masih boleh terima tetapi jika ia strategi semata-mata bertujuan memburukkan lawan dengan fakta yang salah hanya akan mencetuskan pertelagahan. Fitnah akan bermaharajalela terutama melalui media sosial termasuk WhatsApp. Sedar…

Read More

Peluang pilih KM baharu, Chang Yeow atau Kon Yeow

MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), ada beberapa orang wakil rakyat yang membayangkan mereka tidak lagi berpeluang bertanding. Ucapan mereka di Dewan Rakyat yang sedang berlangsung juga dianggap sebagai yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan. Mungkin ada yang sudah mendapat isyarat bahawa sesi ini adalah yang terakhir bagi mereka, maknanya tidak dipilih sebagai calon atas sebab-sebab tertentu. Tidak kurang juga yang seolah-olah ingin menarik simpati bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga kepada parti politik yang diwakili. Apa pun sebagai pemimpin politik, mereka tidak berputus asa untuk terus berkempen bagi ‘memancing’…

Read More

Benarkah merokok itu haram, memudaratkan ?

AKIBAT ketagihan rokok, di Jakarta, seorang suri rumah mengemukakan tuntutan ganti rugi terhadap dua pengeluar dan pengedar rokok terkemuka, Gudang Garam dan Djarum. Akhbar The Jakarta Post melaporkan di muka hadapannya pada 10 Mac lalu, wanita berusia 50 tahun itu yang dikenali sebagai Rohayani mendakwa menjadi perokok selama 40 tahun. Akibat ketagihan atau kecanduan rokok itu, kualiti kehidupannya terjejas. Ganti rugi keseluruhan yang dikemukakan ialah sebanyak­ AS$70 juta, termasuk kos membeli rokok. Tuntutan itu berdasarkan Perkara 19 Ayat (1) Undang-Undang Nombor 8/1999 berkaitan Perlindungan­ Konsumer yang menyatakan pengeluar/pengedar bertanggungjawab memberikan…

Read More

Misi melakar sejarah menuju kebebasan

HARI ini berlangsung Me­syuarat Pertama Penggal Keenam Majlis Parlimen Ke-13 sehingga 5 April. Sudah pasti, inilah mesyuarat terakhir sebelum Parlimen dibubarkan. Buat kali terakhir, wakil rakyat dari seluruh negara menghadirkan diri di De­wan Rakyat. Di mana mereka pada penggal akan datang belum pasti. Ada yang digugurkan atau tidak bersedia bertanding semula. Ada yang dipilih sebagai calon tetapi tewas. Jika menang, belum pasti di mana kedudukan mereka, sama ada di blok kerajaan atau pem­bangkang. Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 semakin hampir. Di merata tempat, parti-parti politik begitu giat menyusun pro­gram untuk…

Read More