Pilih gelanggang sesuai bentuk kerajaan baharu

APAKAH hasil yang diper­oleh selepas berakhirnya Bersih 5.0? Itu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang pemandu teksi ketika saya ber­bual-bual dengannya semalam dalam perjalanan ke pejabat. Saya tidak dapat menjawab dan hanya berkata, mungkin, mereka yang hadir menyertai ‘acara’ itu dapat memberi jawapan. Beliau kemudian menambah: “Kerajaan sekarang kekal. Najib (Perdana Menteri) ada di Peru (menghadiri Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Tunggu la pilihan raya umum (PRU) kalau nak sangat menjatuhkan kera­jaan. Tak ada apa pun. Kami yang susah,’’. Maksud ‘kami’ merujuk kepada pemandu teksi. Beliau bercerita lagi, semalam (Sabtu), dia tidak berani ke Kuala Lumpur.

Memang benar, pada hari-hari biasa pun susah mencari penumpang, inikan pula ketika banyak­ jalan ditutup. Sekatan polis di sana sini. Tiada apa lagi yang mahu dicari di atas jalan raya apabila 58 jalan utama seki­ tar pusat bandar ditutup. Itu ke­ susahan bagi golongan pemandu teksi yang sememangnya sedang dalam keadaan susah. Adakah syarikat teksi menolak atau men­ gurangkan kadar sewa pemandu teksi pada Sabtu lalu disebabkan pendapatan mereka terjejas? Ten­tunya tidak. Tanggunglah sendiri!

Kembali kepada matlamat per­himpunan Bersih 5.0. Apakah matlamat ‘bersih’ mereka? Atau ada matlamat lain yang tidak bersih? Sejauh mana tercapai? Matlamat atau tuntutan Bersih pelbagai, mengikut keadaan. Dulu, matlamatnya mahu pilihan raya yang bersih. Ketika mereka mendakwa pilihan raya tidak bersih, pakatan pembangkang boleh menang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Pada satu ketika, mereka menang di Perak, Kedah dan Terengganu. Di se­setengah tempat, pembangkang sapu bersih kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Apakah tidak bersih lagi? Seka­rang, ada tuntutan baharu iaitu meminta Najib berundur.

Adakah itu caranya? Bekas pemimpin yang pernah bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) pun rasanya­ tahu adakah kaedah itu betul. Malahan jika mereka di kedudukan seperti Najib, dan pihak BN pula meminta mereka berundur, jawapannya sudah ten­ tu tunggulah rakyat buat kepu­tusan semasa pilihan raya. Just­eru apa lagi Bersih mahu? Sama ada kuning atau merah yang ada kaitan dengan perhimpunan ini, mereka sebenarnya menyusah­ kan banyak pihak. Tanpa kuning tidak ada merah. Bukan setakat pemandu teksi sebaliknya aktiviti hujung minggu­ orang awam terje­jas. Sektor pelancongan juga sama kerana lokasi yang dikepung ada­lah Dataran Merdeka.

Lokasi bersejarah ini men­jadi salah satu tumpuan agensi pelancongan membawa pelan­cong-pelancong singgah di situ. Bagaimana pula perniagaan di bawah dataran? Peniaga-peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) juga terjejas. Pengalaman lalu mendorong mereka mengam­bil jalan selamat menutup premis perniagaan mereka. Lorong TAR yang diwarnai dengan kehadiran penjaja pasar malam terpaksa me­nutup operasi. Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR mendak­ wa, ahlinya mengalami kerugian hampir RM500,000 setelah 500 penjaja tidak dibenarkan berope­ rasi. Begitu jugalah nasib peniaga di Jalan Masjid India. Lorong TAR dan Jalan Masjid India juga men­ jadi kawasan tumpuan pelancong dari dalam atau luar negara.

Sabtu lalu, mereka mungkin tidak berpeluang ke sana untuk melihat suasana sebenar. Ka­wasan itu menjadi berbahaya untuk dikunjungi kerana seba­rang kemungkinan boleh berlaku. Anggota pasukan keselamatan pula terpaksa dikerahkan un­ tuk membendung kejadian yang tidak diingini. Sebanyak 7,000 anggota polis dikerah untuk men­gawal keselamatan. Bagaimana jika pada masa yang sama berlaku bencana lain yang memerlukan kerahan anggota polis? Syukur alhamdulillah, berkat persedi­aan rapi anggota polis kali ini, keadaan­ terkawal. Paling pent­ing apabila tindakan pasukan ke­selamatan itu berjaya memben­dung pertembungan baju merah dan kuning di Dataran Merdeka.

Berbanding perhimpunan se­belum ini yang hanya melibat­kan kumpulan baju kuning, kali ini baju merah pula melon­tar cabaran untuk menghalang gerakan Bersih 5.0. Jika pertem­ bungan tidak dapat dielakkan, banyak pihak menjangka akan berlaku kekacauan atau pergadu­ han yang menjejaskan ketentera­man awam. Tidak kisahlah berapa ramai yang hadir tetapi apa yang lebih penting ialah tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Mungkin suasana ini betul-betul bersih!

Diharapkan, selepas ini tidak ada lagi perhimpunan seumpama ini yang mengganggu ketentera­man awam. Seperti pernah di­cadangkan sebelum ini, mereka boleh melakukannya di tempat tertutup. Lokasinya biar tidak mengganggu rutin harian orang ramai. Mungkin bekas pemimpin negara yang sekarang sudah be­rada di dalam kelompok sebelah sana setuju dengan pandangan ini. Boleh diselak­ kembali ucapan atau kenyataan­ mereka sebelum ini. Mungkin ada gesaan itu. Has­rat menjatuhkan pemimpin­ tidak seharusnya dilakukan di jalanan. Tunggu PRU yang khabarnya akan muncul tahun depan. Ber­sabar. Bekerjalah mulai sekarang jika mahu bertanding. Siapa ‘kuat dan berpengaruh’ akan menang.

Jika sudah kuat elok bersendi­rian tetapi kalau sebaliknya, ber­gabung. Sesiapa juga berhak men­cari kawan semasa PRU. UMNO dan Pas juga boleh bekerjasama. Seperti ditegaskan oleh seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO, Jamil Khir Baharom semalam, kerjasama itu adalah dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam di nega­ra ini. Tujuan murni ke arah per­paduan ini sudah tentu dicembu­rui. Bersih juga boleh bertanding. Tidak perlu menjadikan pilihan raya tidak bersih sebagai alasan tidak mahu mengambil bahagian.

Semalam, Presiden Perka­sa, Ibrahim Ali (Tok Him) juga menggemparkan banyak pihak apabila mengumumkan untuk tu­run gelanggang dengan meletak­ kan sekurang-kurangnya 50 calon bertanding pada PRU akan data­ng. Perkasa hanyalah pertubuhan bukan kerajaan yang tidak memi­hak kepada mana-mana parti politik tetapi menentang DAP dan pihak yang bersekongkol dengan parti itu. Tidak pasti sejauh mana beliau serius. Menyelak semula teks ucapannya, tidak ada pe­ngumuman itu. Ikut teks, beliau berkata, apa juga keputusan yang dibuat harus bertepatan dengan pesanan nenek moyang jangan menang sorak kampung tergadai. Apabila tiba masanya, Dewan Tertinggi Perkasa akan membuat keputusan. Lebih kurang begitu ucapannya. Diharapkan warta­wan tidak tersalah lapor!

Pastinya pihak sebelah sana ‘pening kepala’ dengan Tok Him. Sebagai veteran politik yang jatuh bangun dan pernah mendapat pelbagai gelaran, Tok Him lebih arif untuk ‘bercakap’. Kenyataan Tok Him membukti­kan sesiapa juga boleh bertan­ ding semasa PRU sama ada niat mereka benar-benar bersih untuk berkhidmat­ kepada rakyat, me­nubuhkan kerajaan atau seba­gainya. Bertandinglah di gelang­gang yang betul bukannya mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalan pintas seperti demonstrasi jalanan serta mengamalkan poli­tik perpecahan dan kebencian.

UMA211116010C#

Related posts

Leave a Comment