Pilih gelanggang sesuai bentuk kerajaan baharu

APAKAH hasil yang diper­oleh selepas berakhirnya Bersih 5.0? Itu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang pemandu teksi ketika saya ber­bual-bual dengannya semalam dalam perjalanan ke pejabat. Saya tidak dapat menjawab dan hanya berkata, mungkin, mereka yang hadir menyertai ‘acara’ itu dapat memberi jawapan. Beliau kemudian menambah: “Kerajaan sekarang kekal. Najib (Perdana Menteri) ada di Peru (menghadiri Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Tunggu la pilihan raya umum (PRU) kalau nak sangat menjatuhkan kera­jaan. Tak ada apa pun. Kami yang susah,’’. Maksud ‘kami’ merujuk kepada pemandu teksi. Beliau bercerita lagi, semalam (Sabtu),…

Read More