Selepas keluar PWTC, jangan seperti ‘itik pulang petang’

SELAMAT bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO yang akan tertumpu ke Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai esok. Kawan dan musuh politik akan memberi perhatian terhadap apa yang berlaku sepanjang perhimpunan itu yang bermula dengan Amanat Presiden. Kali ini mungkin lebih ‘tenang’ berbanding perhimpunan lalu. Tiada lagi isu Timbalan Presiden tidak diberi peranan. Kali ini tidak ada orang No.2 di pentas itu. Muhyiddin Yassin sudah dipecat. Begitu juga dengan Shafie Apdal, pemenang tempat kedua kerusi Naib Presiden yang digantung kemudian meninggalkan parti. Dua anggota Majlis Tertinggi (MT) yang turut…

Read More

Pilih gelanggang sesuai bentuk kerajaan baharu

APAKAH hasil yang diper­oleh selepas berakhirnya Bersih 5.0? Itu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang pemandu teksi ketika saya ber­bual-bual dengannya semalam dalam perjalanan ke pejabat. Saya tidak dapat menjawab dan hanya berkata, mungkin, mereka yang hadir menyertai ‘acara’ itu dapat memberi jawapan. Beliau kemudian menambah: “Kerajaan sekarang kekal. Najib (Perdana Menteri) ada di Peru (menghadiri Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Tunggu la pilihan raya umum (PRU) kalau nak sangat menjatuhkan kera­jaan. Tak ada apa pun. Kami yang susah,’’. Maksud ‘kami’ merujuk kepada pemandu teksi. Beliau bercerita lagi, semalam (Sabtu),…

Read More

Mendidik anak menabung, sedikit demi sedikit

SABTU lalu, berlangsung Pertandingan Bicara Berirama (coral speaking) Kelab TaHa peringkat akhir yang melibatkan 10 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah. Sesuai dengan penubuhannya, mesej yang disampaikan melalui persembahan ini juga berkaitan dengan penabungan di Tabung Haji (TH). Salah satu mesej yang disampaikan termasuk persembahan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat, Johor yang muncul johan pertandingan itu. Kumpulan ini memulakan persembahan dengan mengajak penonton ‘mengembara’ ke zaman silam, iaitu ketika era Laksamana Hang Tuah. Mereka sebagai generasi abad ke-21 ingin encari jawapan di manakah letaknya kekuatan Hang Tuah,…

Read More

Tentera siber perlu balas serangan bila-bila masa

BETULKAH rawatan RM1 di hospital kerajaan dimansuhkan? Tol naik esok? Bermula 7 Nov. harga gas (LPG) dijangka naik RM7 setong? Itu antara persoalan yang berlegar-legar melalui media sosial khususnya di Facebook dan WhatsApp. Banyak lagi persoalan yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini, yang semuanya berkaitan dengan rakyat. Begitu juga kehadiran pelbagai ‘pengumuman dan kenyataan’ tidak berasas yang menimbulkan keresahan banyak pihak. Keba­nyakan sasaran persoalan ini ialah kerajaan dan pemimpin-pemimpin­nya kerana isu-isu ini berkait­ rapat dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Mungkin inilah hasil kehadiran pelbagai media sosial yang tidak lagi mampu…

Read More