Selepas keluar PWTC, jangan seperti ‘itik pulang petang’

SELAMAT bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO yang akan tertumpu ke Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai esok. Kawan dan musuh politik akan memberi perhatian terhadap apa yang berlaku
sepanjang perhimpunan itu yang bermula dengan Amanat Presiden. Kali ini mungkin lebih ‘tenang’ berbanding perhimpunan lalu. Tiada lagi isu Timbalan Presiden tidak diberi peranan. Kali ini tidak ada orang No.2 di pentas itu. Muhyiddin Yassin sudah dipecat. Begitu juga dengan Shafie Apdal, pemenang tempat kedua kerusi Naib Presiden yang digantung kemudian meninggalkan parti. Dua anggota Majlis Tertinggi (MT) yang turut berada di pentas sama sebelum ini, Mukhriz Tun Mahathir dan Husni Hanadzlah juga tidak lagi bersama. Kini, mereka
yang bersama barisan MT sudah tentulah orang yang masih setia kepada kepemimpinan utama parti walau apa pun ‘serangan’ yang dilakukan.

Sudah tentu banyak isu yang bakal bergema. Corak perbahasan dijangka merujuk ucapan dasar presiden, Najib Tun Razak. Ke arah mana perwakilan mahu dibawa? Mungkin ucapan dasar itu tidak dapat lari daripada memperkatakan soal perpaduan dalam UMNO, kerjasama dengan Pas, kelahiran parti baharu, isu-isu semasa melibatkan rakyat serta yang berkaitan dengan usaha menggugat kepemimpinan kerajaan dan parti. Pembahas pula, jangan terlalu tertumpu kepada politik sehingga melupakan isu-isu sosio-ekonomi termasuk kos sara hidup dan pekerjaan, pendidikan dan latihan, pembangunan belia, dan persekitaran ekonomi yang seimbang.

Ramai yang berpendapat, perhimpunan kali ini adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang dikatakan akan berlangsung tahun hadapan. Bagi mempersiapkan jentera UMNO, maka pemilihan yang sepatutnya diadakan tahun ini ditunda selama 18 bulan, sesuatu yang sudah menjadi tradisi parti. Ini bermakna
tempoh barisan kepemimpinan MT bagi penggal 2013-2016 akan bertahan lagi sekurang-kurangnya 18 bulan. Adakah Najib akan meniupkan semboyan perang dengan membakar semangat perwakilan dan ahli UMNO bagi menghadapi PRU? Menyelak kembali ucapan dasarnya pada 29 November 2012, beliau menyentuh bahawa PRU-13 bukan pilihan raya biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat dan negara. Selepas perhimpunan itu, pada 3 April 2013, Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan pada 5 Mei 2013. Pemilihan UMNO pula berlangsung pada 19 Oktober 2013. Begitulah senario 2012 dan 2013.

Jika 2017 menjadi tahun PRU, sudah tentu nada yang sama akan diulangi. PRU akan datang juga bukanlah
pilihan raya biasa. Ada yang berkata, PRU ini satu ujian getir dan mencabar yang akan menentukan ‘hidup mati’ UMNO yang berusia 70 tahun itu. Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO serta dua bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO berada di sebelah sana. Jumlah parti politik juga bertambah termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah. Berbanding PRU lalu,
pakatan pembangkang DAP-Pas-PKR sepakat tetapi kali ini keadaan masih samar. Pas sudah meninggalkan
pakatan. Masih ada kekeliruan kerana di Selangor, kerajaan negeri yang menggabungkan DAP-Pas-PKR masih bersama. UMNO tidak boleh melihat ‘perpecahan’ pakatan ini sebagai kelebihan. Jangan memandang remeh kehadiran parti politik baharu. Peluang UMNO atau Barisan Nasional (BN) mungkin lebih baik jika pakatan tidak sepakat dalam menentukan calon mereka. Orang politik juga semakin keliru apabila Presiden Perkasa, Ibrahim
Ali yang mendapat jolokan Donald Trump Malaysia menyatakan hasrat Perkasa untuk bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi. Seriuskah Perkasa?

Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa, perhimpunan kali ini perlu menjadi medan mencatur strategi dan membentuk mentaliti menang dalam kalangan anggota parti bagi menghadapi PRU. Zahirkan solidariti, kecintaan kepada perjuangan parti dan kesatuan pemikiran antara anggota dan pucuk pimpinan parti. Begitu juga dalam konteks BN. Seperti biasa, sudah tentu semasa perbahasan, pelbagai idea, keazaman, seruan ke arah perpaduan, muhasabah diri, mengatur strategi, menerima siapa sahaja calon dan macam-macam lagi ikrar dilontarkan. Semangat berkobar-kobar untuk memperbaharui tekad meyakinkan anggota UMNO serta rakyat di akar umbi menyokong BN. Bagaimanapun, jangan sebaik sahaja selesai perhimpunan, semuanya berakhir. Semangat berkobar-kobar tiba-tiba hilang. Tinggalkan Dewan Merdeka dengan tekad untuk bekerja dan berkhidmat di cawangan dan ba­hagian. Jangan sampai di kawasan masing­masing, langkah tiba-­tiba sumbang. Bagaikan itik pulang pe­tang. Lembab, lemah, lambat dan tidak tahu apa nak dibuat. Menang semangat di dalam dewan tetapi di luar, kembali seperti biasa. Keadaan tidak berubah. Cakap lain, buat lain.

Akhirnya, menjelang PRU, ma­sing­-masing kelam­ kabut. Ada sa­haja isu timbul seperti kuota, be­rebut jadi calon, peruntukan, bilik gerakan, poster, dan macam­-macam lagi. Paling membimbangkan apabila ada yang melawan arus, melakukan cah keting dan ‘tikam belakang’ ser­ta menjadi ‘gunting dalam lipatan’. Kepentingan diri, kumpulan atau puak akhirnya mengatasi kepenting­an parti. Akibatnya berlaku perpeca­han yang merugikan parti. Justeru, setiap perwakilan yang mewakili ba­hagian perlu mempunyai keazaman untuk melakukan yang lebih baik. Selak semula kejayaan dan kegaga­lan 2013. Jika negeri sudah terlepas ke tangan pembangkang, berusa­halah untuk ambil semula.

Perkukuhkan semula kedudu­kan jika negeri hampir kecundang atau tanpa majoriti dua pertiga. Johor misalnya perlu mengem­balikan kedudukan sebagai tiang seri UMNO. Cabaran getir diha­dapi apabila tokoh negeri itu disingkirkan sebagai orang No. 2 di dalam kerajaan dan parti. Adakah penyingkiran itu akan menyebab­kan BN khususnya UMNO tergugat? Adakah anggota UMNO serta rakyat Johor boleh menerima pemimpin boleh datang dan pergi?. Johor yang dulu sukar ditembusi sudah dibo­losi. Begitu juga peringkat Parlimen dan DUN. Jika sudah lama dalam genggaman pembangkang, cubalah ambil semula, longgarkan geng­ gaman mereka. Contohnya, Per­ matang Pauh. Apakah sudah tidak ada peluang Permatang Pauh kem­bali ke ‘rumah BN’? Lihat semula kekalahan tidak diduga pada PRU lalu. Jadikan perhimpunan ini pen­ tas mengembalikan semula keyaki­nan rakyat. Jangan terlalu selesa de­ngan suasana semasa perhimpunan dalam tempoh lima hari ini. Sekali lagi selamat bersidang!

UMA281116012C#

Related posts

Leave a Comment