AKHIRNYA teka-teki mengenai siapa yang akan mengetuai kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 di Pulau Pinang terjawab. Tugas itu kini terletak kepada Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow. Beliau menggantikan Presiden Gerakan, Dr. Koh Tsu Koon. Pada November lalu, Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan secara tidak langsung tidak akan mengekalkan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang. Sepanjang ‘ketiadaan’ Tsu Koon, Dr. Teng Hock Nan yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang menjalankan…
Read MoreYear: 2012
Disenaraikan atau tidak, teruskan kerja
ADAKAH nama anda disenaraikan oleh parti di peringkat bahagian sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13? Jika ada baguslah. Tidak ada pun tidak apa kerana senarai itu bukanlah sesuatu yang muktamad. Perubahan boleh berlaku pada saat-saat akhir. Apa yang lebih penting sekarang ialah bekerja untuk kemenangan. Inilah yang sedang dilakukan oleh parti politik menjelang PRU yang semakin hampir. Masing-masing mahu memikat pengundi. Me-reka sudah menyediakan senarai calon walaupun ada yang masih berbalah mengenai pembahagian kerusi. Di sesetengah kawasan, sedang berlaku ‘perang’ bendera parti. Suasana ini agak berbeza. Dulu yang…
Read MoreSesudah Guan Eng, siapa pula calon KM Pulau Pinang selepas PRU13
KETIKA DAP diasak oleh pelbagai pihak berhubung beberapa tindakan kerajaan negeri pimpinannya, Lim Guan Eng nampak tenang. Biar pun ‘gelora’ di luar, Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP itu mengambil sikap ‘membisu’ dan ‘memekakkan telinga’. Beliau tidak melayan sebarang desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk parti politik seperti Gerakan, UMNO, MCA dan Parti Cinta Malaysia. Begitu juga dengan teguran atau kritikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Semuanya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Inilah kelebihan Guan Eng yang gemar mengambil pendekatan ‘memekakkan telinga dan membisu seribu bahasa’.…
Read MoreJangan yang dikejar dapat, dikendong pula keciciran
UMNO Pulau Pinang sudah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Senarai itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak tidak lama lagi. UMNO Pulau Pinang sudah bersedia untuk meng-hadapi PRU. UMNO negeri itu juga yakin dapat ‘mengambil’ semula kerusi yang di-menangi pakatan pembangkang pada PRU lalu. Sekurang-kurangnya, kerusi Parlimen Balik Pulau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung dan Sungai Bakap. Mungkin angin perubahan yang berlaku akan turut membantu UMNO memenangi semula kerusi Penanti yang disandang PKR dan kerusi tunggal Pas di Permatang…
Read MoreGelombang biru BN mahu ‘membasuh’ tsunami politik di Kuala Lumpur
SEMALAM Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin melancarkan jentera Pilihan Raya UMNO Wilayah Persekutuan (WP). Mungkin kerana terlalu banyak bercakap dalam pelbagai program sepanjang minggu, suaranya agak serak tetapi mesejnya masih boleh difahami. Muhyiddin memikul tugas sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) WP. Mesej jelas yang disampaikan oleh Muhyiddin tentulah mengenai ‘sokong siapa saja calon BN’. Pada pilihan raya umum (PRU) nanti, apa yang penting ialah kemenangan parti bukannya calon yang bertanding. Kata Muhyiddin: ‘‘Walaupun kawasan itu kawasan yang bukan UMNO, kemenangan rakan-rakan kita dalam BN menentukan kemenangan…
Read MoreSemoga MyKomuter dapat ‘memadam penderitaan’ pengguna
HUJUNG minggu lalu, bermulalah perjalanan Tren Enam Gerabak (SCS) atau dikenali juga sebagai MyKomuter. Walaupun hanya baru empat set SCS beroperasi, sekurang-kurangnya sudah nampak ‘lorong cahaya’ yang bakal memberi harapan baru dan keselesaan kepada pengguna. Sudah lama pengguna komuter ‘menderita’ dengan komuter tiga koc yang sering padat dengan manusia, isu kelewatan dan pembatalan tren (tidak mengikut jadual) dan tempoh menunggu yang terlalu lama. Seperti yang pernah diselak dalam beberapa isu Selak sebelum ini (sejak 2009), khidmat komuter ketika ini umpama muatan bas mini suatu masa dulu. Bezanya bas mini berada…
Read MoreBelajar bersyukur dengan kestabilan negara
MENJELANG pilihan raya umum, macam-macam hal berlaku dalam politik. Sama ada UMNO, MCA, Gerakan, MIC, DAP, PKR dan Pas, semuanya ada cerita baik dan buruk. Pemimpin pula ghairah mengeluarkan kenyataan yang ada ketikanya ‘memakan’ diri dan parti. Ada juga yang mengeluarkan kenyataan bertaraf merapu kerana inginkan ‘pengaruh politik’. Akhirnya kenyataan itu umpama meludah ke langit terkena batang hidung sendiri malahan ada yang sanggup menjilat ludah sendiri. Bagi yang mendapat kuasa pula, ada yang seperti beruk mendapat bunga dan lebih teruk seperti tikus membaiki labu. Ahli-ahli parti bolehlah membuat penilaian walaupun…
Read MoreCalon boleh menang pilihan raya jika ahli-ahli parti tidak ‘buat hal’
MAHU menang atau kalah? Itu sahaja per-soalan yang harus dilontarkan kepada ahli-ahli parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Jika jawapannya untuk menang, maka ada syarat-syaratnya. Begitu jugalah sebaliknya jika mahu kalah. Bagi Barisan Nasional (BN), jika benar sudah ada calon boleh menang di-turunkan, maka tidak ada sebab calon berkenaan tidak boleh menang. Kekuatan ahli parti sama ada mewakili UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan apa sahaja parti akan menjadi penyumbang kemenangan. Jika semua ahli di satu-satu kawasan sepakat mahu menyokong calon pilihan parti, maka ia…
Read MoreMelayu DAP mencari kawasan bertanding pada pilihan raya umum
PROGRAM turun padang bertemu rakyat terus berlangsung menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang khabarnya akan diadakan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini. Parti-parti politik kini dalam keadaan bersiap sedia menantikan ‘semboyan’ pilihan raya. Kepada 3.7 juta penduduk yang belum menjadi pengundi, eloklah mendaftar dengan segera. Jika PRU tidak berlangsung bulan depan, maka peluang mereka mengundi masih ada. Jangan sia-siakan hak anda. Tanpa hak sebagai pengundi, anda hanya mampu menjadi penonton dalam menentukan bakal pemimpin negeri dan negara. Lebih-lebih lagi jika anda penyokong parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau pakatan…
Read MoreHaji: Kelonggaran melangkaui giliran masih perlu diberi perhatian
MINGGU lalu, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengumumkan bonus sebanyak enam peratus bagi tahun 2011, peningkatan 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ia melibatkan pembayaran RM1.67 bilion, meningkat 25 peratus berbanding RM1.33 bilion pada tahun 2010. Kadar bonus itu dianggap kompetitif memandangkan pelaburan Tabung Haji (TH) terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah sahaja. Dan ia juga lebih baik berbanding kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam. Dana pendeposit terkumpul TH turut meningkat pada kadar 17 peratus tahun lepas kepada RM31.7 bilion berbanding RM27.11 bilion pada 2010. Zakat perniagaan yang dikeluarkan pula sebanyak…
Read More