Mencari modal politik baru selepas ‘perkahwinan kekal’ Pas-DAP

MINGGU ini masih ada ruang untuk menyelak mengenai Pas sesudah muktamar. Memang menarik perkembangan yang berlaku hari ini. Tetapi ia bukanlah kejutan kerana Pas semakin berubah. Siapa sangka Mohamad Sabu @ Mat Sabu mampu meletakkan dirinya sebagai orang No.2. Jika Abdul Hadi Awang tidak mahu jawatan Perdana Menteri (PM), maka seorang lagi anak Pulau Pinang, Mat Sabu bakal jadi calon PM kalau pakatan DAPPasPKR menang pada pilihan raya umum (PRU). Mat Sabu juga diisytiharkan sebagai ‘senjata’ Pas untuk menyerang UMNO menjelang PRU Ke13.

Orang di luar Pas boleh ‘serang’ Mat Sabu tetapi seperti kata Abdul Hadi: Walau apapun tanggapan UMNO terhadap Mat Sabu, kita menganggap berlainan.

Semasa era pemudanya, Mat Sabu adalah ‘ayam tambatan’ Pas. Bagi mereka yang ‘hidup’ pada era itu tahu bagaimana hebatnya anak Guar Petai, Pulau Pinang, negeri Parti Islam SeMalaysia (Pas) dilahirkan pada 1951. Beliau aktif menyertai demonstrasi dan berucap di pentas ceramah. Biar pun ada yang menganggap pemilihan Mat Sabu memudahkan mereka ‘menyerang’ Timbalan Presiden ini tetapi keadaan sudah berubah.

Kata dan dedahlah apa sahaja mengenai Mat Sabu tetapi penyokongpenyokong Pas juga PKR tidak akan peduli. Bagi mereka, biar betul semua dakwaan itu, ia boleh ditukar sebagai fitnah! Lebihlebih lagi setelah Pas menutup buku negara Islam dan mengitar semula manifesto pakatan pembangkang pada PRU 2008.

Pas patut berterima kasih kepada parti komponen BN yang selama ini tidak yakin dengan negara Islam. Terima kasih juga kepada DAP yang tidak berganjak menentang negara Islam. DAP pernah menuntut Pas mengenepikan konsep negara Islam menjelang PRU 1995.

Berikutan kesediaan Pas menerima realiti kuasa politik hari ini, maka sudah ada suara mahu mempertahankan Pas dengan berkata, perlembagaan Pas tidak pernah menyebut mengenai negara Islam. Orang seperti ini juga akan melenting jika sebelum muktamar 3 Jun lalu, ada yang berkata, Pas tidak memperjuangkan negara Islam.

Ramai keliru sama ada konsep negara Islam menjadi perjuangan Pas atau tidak. Tetapi selak kembali ucapan dasar Mursyidul Am Pas, Allahyarham Yusoff Rawa pada Muktamar Tahunan Pas Ke34 pada 8 April 1988. Selaku Yang Dipertua Pas, dalam ucapan Allahyarham bertajuk Bertekad Membulatkan Jamaah antara lain menyebut: Pas menjadi gerakan Islam yang pertamatama ditubuhkan di tanah air kita setelah Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diharamkan oleh penjajah Inggeris, sejak ditubuhkan dasarnya ialah Islam yang kamil dan muktamil dengan mencatatkan setengahtengahnya di dalam undang-undang tubuhnya fasal (3) menyatakan Pas ialah Islam dan fasal (5,6 dan 7) menegaskan perjuangan menegakkan negara Islam melalui da‘wah secara lisan, tulisan dan amalan seterusnya menyatakan Islam adalah yang tertinggi’’.

Ketegasan ini diulangi oleh Allahyarham Fadzil Mohd Noor dalam ucapan dasar Presiden pada muktamar ke-40 di Masjid Rusila, Terengganu (12 Jun 1994). Dalam ucapan bertemakan Ulama: Teras Kepimpinan Ummah itu, Allahyarham menegaskan: Pas mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951. Para pemimpin Pas sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita ini’.

Allahyarham juga pernah menggariskan tujuh ciri model pemerintahan Islam pada abad ke21 iaitu: Negara masyarakat awam (madani) dan bertamadun (hadari); Negara yang mengamal prinsip kesaksamaan; Negara yang mendukung kedaulatan undangundang berdasarkan perundangan dan syariah Islam; Negara yang berteras dan bermatlamat keadilan; Negara yang mendukung prinsip kelayakan; Negara berkebajikan; Negara yang dinamik dan inovatif.

Dan dalam muktamar barubaru ini, lain pula nada Abdul Hadi. Ciri keenam yang menjadi manifesto 2008 diulangi. Mungkin ada yang akan marahmarah jika dikatakan perjuangan Pas tidak konsisten. Dulu wanita Pas tidak digalakkan menjadi wakil rakyat tetapi tidak sekarang.

Selak juga buku kecil Penyelewengan Pas Satu Pendedahan Kritis tulisan bekas Naib Presiden Pas, Nakhaie Ahmad. Pas asalnya adalah sayap ulama UMNO dan apabila berlaku krisis dalaman, Pas menjadi parti politik. Buku itu juga mengulas bagaimana corak perjuangan Pas. Pada tahun 50an dan 60an, Pas mendukung nasionalisme Melayu dan Islam. Pas menganggap nasionalisme Melayu UMNO tidak sempurna , tidak cukup Melayu kerana menerima kemerdekaan yang terpaksa berkongsi kuasa dengan kaum lain dan menerima dasar kerakyatan Jussoli. Pas menyebarkan fatwa yang mengharamkan kerjasama dengan bukan Islam dalam pemerintahan negara. Muncul juga politik mengkafirkan orang UMNO yang bekerjasama dengan bukan Islam.

Tetapi semuanya itu sudah jadi sejarah. Pas sudah tersedar dari lamunan apabila melihat peluang untuk ke Putrajaya bersama sekutunya. Pas sudah bangkit berjuang dalam politik mengikut zaman. Pernah pada satu muktamar, timbul cadangan supaya kepimpinan ulama keluar daripada kepompong sempit yang hanya berkisar kepada hal ehwal agama dan tertumpu di masjid dan madrasah sahaja. Ada juga cadangan supaya pucuk pimpinan Pas menggunakan artisartis sebagai pendekatan untuk menarik minat golongan muda. Allahyarham Prof. Syed Hussein Alatas dalam tulisannya mengenai Pas dan Ke mana dengan Islam pernah mengungkapkan katakata berikut: Yang penting sekali perlunya keahlian berfikir semasa, bukan berfikir belakang masa. Usaha Pas untuk mendirikan undangundang yang mereka namakan hudud dengan tafsiran ala Pas, merupakan satu pemikiran kitar semula. Mereka yang ingin memimpin pemikiran agama janganlah menjadi kilang fikir kitar semula. Segala undangundang lama yang tak mungkin dapat diterapkan begitu sahaja dalam bentuk dari zaman silam, perlu diperbaharui dan dikaitkan dengan permasalahan dan keadaan zaman sekarang. Dasardasar agama, faham salah dan benar, baik dan buruk, iman dan kufur, semua ini tidak patut diubah tetapi tafsiran dan perundangan perlu berubah.”

Kini Pas sudah berubah. Hubungan ‘adik abang’ antara Lim Guan Eng dan Mat Sabu memudahkan perjuangan ke Putrajaya.

Justeru UMNO tidak boleh terus berkomentar mengenai matlamat baru Pas walaupun negara berkebajikan sudah lama diamalkan oleh kerajaan BN. Jika dulu isu (gugur negara Islam) ini timbul mungkin keadaan berubah. Ingatlah, penyokong tegar yang berpegang kepada asas penubuhan Pas semakin berkurangan dan ‘lemah’. Pas tidak seperti DAP yang konsisten dengan Malaysian Malaysia.

Menggugurkan negara Islam yang dalam keadaan samar juga membantu meyakinkan bukan Melayu/bukan Islam dan generasi muda untuk menyokong DAPPasPKR. Mungkin sambutan lebih hebat jika Pas menggugurkan perkataan Islam. Ini bermakna komponen BN yang menjadikan negara Islam modal mempengaruhi pengundi bukan Melayu perlu mencari isu baru.

Peralihan arah ini juga akan menghapuskan tanggapan ‘kahwin mutaah PasDAP’ iaitu perkahwinan untuk bercerai selepas menang PRU. Kini perkahwinan PasDAP yang bersaksikan PKR akan kekal.

Benarlah politik penuh sandiwara! Semoga parti politik Melayu tidak memperjudikan nasib bangsa dan agama ketika masingmasing ghairah memperkukuh atau memperkuatkan kuasa politik.

UMA130611011C001

Related posts

Leave a Comment