BN jangan ‘tidur’ lagi jika tidak mahu Trio 3P muncul ‘johan’

APA lagi yang tinggal kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke13 nanti? Begitulah persoalan yang timbul apabila orang kuat Parti Tindakan Demokrat (DAP), Lim Kit Siang dilaporkan berkata, Trio 3P DAP, Pas, PKR menyasarkan 11 lagi negeri untuk ‘ditakluki’ pada PRU akan datang. Menawan Putrajaya, impian 16 September yang tidak kesampaian juga menjadi sasaran. Ringkasnya kata Kit Siang, BN akan duduk di barisan pembangkang. Menurut senarai terbaru, negerinegeri yang akan ditawan Trio 3P ialah Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pahang, Terengganu dan Perlis. Negeri Perak juga akan ditawan semula…

Read More

Apa pula ‘idea’ Melayu Pulau Pinang selepas pilihan raya masjid

SELEPAS pilihan raya masjid ditangguhkan, adakah Melayu Islam di Pulau Pinang akan ‘terselamat’ daripada tindaktanduk yang boleh ditafsirkan sebagai ‘gerakan’ untuk memecahbelahkan mereka? Biar apa pun alasan yang diberi mengenai pilihan raya masjid ini, nampaknya ‘suara masjid’ lebih kepada mempertikaikan kaedah itu. Banyak alasan yang diberikan. Kerajaan DAP pula menafikan terlibat dalam usaha memperkenalkan kaedah itu. Tidak pasti siapa pencetus idea tersebut. Tetapi menurut kenyataan Exco Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang, pada 6 Jun lalu seperti yang dilaporkan Bernama berbunyi begini: Kerajaan negeri pimpinan DAP telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota…

Read More

Mencari modal politik baru selepas ‘perkahwinan kekal’ Pas-DAP

MINGGU ini masih ada ruang untuk menyelak mengenai Pas sesudah muktamar. Memang menarik perkembangan yang berlaku hari ini. Tetapi ia bukanlah kejutan kerana Pas semakin berubah. Siapa sangka Mohamad Sabu @ Mat Sabu mampu meletakkan dirinya sebagai orang No.2. Jika Abdul Hadi Awang tidak mahu jawatan Perdana Menteri (PM), maka seorang lagi anak Pulau Pinang, Mat Sabu bakal jadi calon PM kalau pakatan DAPPasPKR menang pada pilihan raya umum (PRU). Mat Sabu juga diisytiharkan sebagai ‘senjata’ Pas untuk menyerang UMNO menjelang PRU Ke13. Orang di luar Pas boleh ‘serang’ Mat…

Read More

Langkah Mat Sabu dari Guar Petai menuju Putrajaya

SEKALI lagi anak Pulau Pinang diberi kepercayaan menduduki jawatan No.2 dalam parti politik. Jika dulu UMNO menampilkan Abdullah Ahmad Badawi dari Kepala Batas dan Anwar Ibrahim dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam sebagai Timbalan Presiden , kini giliran Pas pula melalui Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dari Kampung Guar Petai. Dulu Guar Petai dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi kini di bawah Tasek Gelugor. Guar Petai jiran kepada kampung penulis, Guar Perahu. Penduduk tempatan tentu gembira dengan kemenangan Mat Sabu lebihlebih lagi mereka yang sering solat di…

Read More