SELEPAS isu khutbah Jumaat, ada lagi cerita politik menarik di Pulau Pinang yang melibatkan parti pemerintah, DAP. Kali ini mengenai isu duit hasil perjudian bagi membantu orang miskin. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu. Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam ini juga diambil daripada dana yang diperoleh melalui kegiatan lumba kuda. Selain Guan Eng yang tentunya mahu bercakap benar sudah tentu barisan exconya termasuk yang…
Read MoreYear: 2010
ETS….Alangkah baik kalau khidmatnya hingga ke Alor Setar
MINGGU lalu Selak tidak dapat menemui pembaca kerana sasaran penulis untuk tiba di Kuala Lumpur (KL) dalam tempoh selewat-lewatnya empat jam dari Kamunting tidak kesampaian. Bertolak dari Kamunting pukul 4.30 petang melalui Lebuh Raya Utara Selatan tetapi tiba di KL sekitar 11.30 malam. Semuanya gara-gara warga kota yang beraya di kampung kembali semula ke ibu kota. Kalau dah hampir tengah malam sampai di ibu negara, dalam keadaan ‘marah dan letih’ pula, apa lagi yang mahu diselak? Ketika itu terlintas di fikiran bahawa kolum tetap pada setiap Isnin itu pasti ada…
Read MoreSejenak bersama Ramadan… Utusan… Syawal
Selamat jalan Ramadan RAMADAN menghampiri penghujungnya. Sudah 27 hari kita berpuasa. Hanya tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga baki beberapa hari lagi dapat dimanfaatkan supaya puasa sebulan pada Ramadan ini disempurnakan. Justeru sama-samalah kita berdoa supaya dapat menyelesaikan ibadah puasa ini dengan baik. Namun di sebalik Ramadan yang akan melabuhkan tirainya, masih kedengaran orang bercakap mengenai solat tarawih, tazkirah, imam dan sebagainya. Seperti yang diselak pada ruangan ini menjelang Ramadan lalu, penulis sudah menjangka isu-isu ini akan timbul setiap kali Ramadan. Isu…
Read MoreKenapa semua ini berlaku selepas 53 tahun negara kita merdeka
HARI ini genap 20 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa. Maknanya kurang 10 hari lagi kita akan menyambut ‘hari kemenangan’ melawan hawa nafsu. Sementara menunggu ‘hari kemenangan’ itu, jangan lupa, esok juga merupakan ‘hari kemenangan’ bagi rakyat Malaysia. Esok kita akan menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Jika Malaysia boleh diumpamakan seorang insan, sudah pasti ia begitu matang dan semakin menghampiri usia persaraan dalam perkhidmatan awam. Tetapi Malaysia bukanlah manusia yang mampu mencorakkan dirinya sendiri. Manusia yang melata di muka bumi Malaysia inilah yang mampu membentuk ke mana…
Read MoreJangan biarkan orang Melayu ‘gila’
PULAU Mutiara terus menyajikan cerita menarik mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sedikit sebanyak ceritanya tentulah berkaitan dengan politik kerajaan negeri yang diterajui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta rakan-rakan pakatan PKR dan Pas. Terbaru seperti yang didedahkan baru-baru ini ialah mengenai isu khutbah solat Jumaat. Semalam, polis Pulau Pinang mengesahkan, pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat isu khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Guan Eng, dalam doa khutbah Jumaat. Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, dua laporan diterima mengenai isu…
Read MoreRamadan bulan ibadat, tambah rezeki, rezeki melimpah
ESOK tengok anak bulan Ramadan bagi menentukan tarikh permulaan puasa. Sama-samalah kita nantikan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja. Tentunya umat Islam sudah tidak sabar menanti kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita diberi ‘kekuatan’ untuk menunaikan salah satu daripada Rukun Islam itu. Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sebaliknya ia turut mengingatkan umat Islam untuk tidak melakukan perbuatan atau tindakan yang boleh mengurangkan ganjaran pahala atau membatalkan puasa. Bukanlah bermakna di luar Ramadan kita bebas melakukan apa yang dilarang. Ramadan mampu mengajar atau membentuk diri…
Read MoreMencari pengangkutan awam menjelang ‘pesta balik kampung’
BEGITU pantas masa berlalu. Lebih kurang dua minggu lagi, umat Islam akan memulakan ibadah puasa bulan Ramadan. Bagi menghidup dan mengimarahkan Ramadan yang datang hanya sekali dalam setahun itu, surau dan masjid di seluruh negara sibuk mengatur pelbagai program. Malahan Surau Al Huda Utusan Melayu juga siap menyusun programnya seperti tahun-tahun sebelum ini. Menurut Pengerusinya, Kamsari Nor, seperti biasa akan diadakan solat sunat tarawih dan witir, tazkirah, majlis ilmu, tahlil arwah, tadarus al-Quran, membuat bubur lambuk dan derma kepada anak-anak yatim. Pada masa yang sama, pihaknya turut mengalu-ngalukan sumbangan kakitangan…
Read MoreDirasuk macam-macam mambang, adakah ia satu co…ba…an?
SABTU lalu, ketika dalam perjalanan ke pejabat, penulis menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Jaguh Kampung, Ibrahim Ali. Selepas dibuang ayat pertama (takut sensitif) lebih kurang begini bunyi SMS itu: Hai mambang tanah… Mambang pasir dan mambang balak… Mambang kacau sana sini, mambang bijak mambang jahat, mambang mahu kebas semua…Cubaan. Penulis kemudiannya membalas SMS itu: Melayu hilang kuasa pada (pilihan raya umum) PRU-13, kata Harussani… Cubaan. Tok Him segera menjawab: Tidak cubaan lagi la tu… Dah hancur! Begitulah serba ringkas SMS Jaguh Kampung Pasir Mas yang mengingatkan kembali kepada filem…
Read MoreMeneruskan ‘semangat bola’ selepas Piala Dunia 2010
SEMALAM, Presiden UMNO, Najib Tun Razak sekali lagi membangkitkan kerjasama berpasukan yang perlu ditunjukkan seperti pasukan bola sepak. Mungkin disebabkan demam Piala Dunia serta tumpuan masyarakat yang diberikan sejak 11 Jun lalu dan berakhir awal pagi ini. Jika sebelum ini Najib menyentuh mengenai pasukan Jerman yang mampu mengalahkan Argentina atas semangat berpasukannya tetapi semalam di Johor, beliau bangkitkan pula perlawanan suku akhir di antara Brazil dan Belanda. Katanya, kelonggaran semangat berpasukan mengakibatkan Brazil tewas 1-2 di tangan Belanda. Mesej penting Najib ialah bekerja sebagai satu pasukan. Dan inilah yang perlu…
Read MoreMelayu Tanjong jangan dijadikan jeruk ‘pala dan asam’
KALAU ke Pulau Pinang, nasi kandar sudah menjadi satu kemestian. Dari Kuala Lumpur, ada yang sanggup mencari nasi kandar Line Clear di Jalan Penang. Tetapi sebagai buah tangan untuk dibawa pulang, jeruk buah menjadi pilihan utama. Di Pasar Chowrasta, Jalan Penang atau sebelum melangkah masuk ke feri di Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim, pelbagai jenis jeruk dijual. Tak kiralah siapa yang proses dan jual jeruk itu, tetapi biasanya orang akan bawa pulang sebagai oleh-oleh. Padahal, jeruk ini boleh didapati di mana-mana sahaja. Di daerah Balik Pulau,…
Read More