Hijrah demi undang-undang dan nyawa manusia

SALAM perkenalan dan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430. Hari ini, umat Islam menyambut awal Muharam atau Maal Hijrah, meninggalkan 1429. Khamis ini pula, kita akan melangkah ke Tahun Baru 2009. Lazimnya, setiap kali tahun baru – sama ada Hijrah atau Masihi, maka akan ada pelbagai azam di kalangan umat manusia, tidak kira kecil besar, tua atau muda. Diari harian diisi dengan penuh semangat tetapi semuanya itu sekadar pada awal tahun. Selepas itu diari terbiar kosong. Mungkin pada era teknologi maklumat (IT) ini, tidak perlu lagi diari. Masukkan saja segala aktiviti atau program harian ke dalam komputer. Malahan bagi sesetengah orang, melalui cara itu mereka sanggup berkongsi diari kehidupan melalui komputer bagi membolehkan orang lain menatapnya sehinggalah kepada kisah-kisah ‘di bilik tidur’. Mungkin itu satu kepuasan kerana khalayak tahu ‘kehebatan’ mereka. Begitulah realiti kehidupan manusia hari ini yang mudah diselak melalui komputer. Tiada lagi perasaan malu dan takut.

Apa pun, kali pertama muncul di ruangan ini, dan sempena tahun baru, eloklah kita berbicara sedikit mengenai azam tahun baru. Apakah azam para pembaca tahun ini? Ten-tunya pelbagai, mengikut usia dan profesion. Pastinya setiap daripada kita berazam untuk sesuatu yang lebih baik. Ringkasnya sempena tahun baru Hijrah dan Masihi ini, marilah kita berhijrah ke arah kebaikan kerana banyak keburukan yang kita miliki pada hari ini. Bohonglah jika setiap daripada diri kita mengatakan kita melakukan yang baik se-panjang tahun ini. Setiap seorang daripada kita pasti ada keburukan yang dilakukan.

Begitu juga dengan azam kerajaan yang mahu menguatkuasakan beberapa peraturan atau undang-undang, termasuklah tali ping-gang keledar belakang. Tujuan kerajaan ada-lah untuk mengurangkan risiko kemalangan yang boleh menyebabkan penumpang bela-kang cedera atau maut ketika kemalangan. Untuk berkata, menyelamatkan nyawa, ia bukan kerja kita tetapi ketentuan Tuhan. Satu lagi peraturan yang juga bertujuan ‘menjaga’ nyawa manusia ialah berkaitan dengan rokok dan merokok. Mulai 1 Januari 2009, sempena tahun baru, kerajaan mewa-jibkan pengeluar mencetak amaran kesiha-tan bergambar pada kotak rokok.

Tetapi sejauh mana penguatkuasaan ter-hadap undang-undang yang mahu ‘menjaga’ nyawa manusia ini? Kita tidak ragu-ragu mengenai pelaksanaannya tetapi yang me-nimbulkan persoalan ialah penguatkuasaan. Contohnya, berkaitan rokok. Banyak premis sudah digazetkan sebagai zon larangan me-rokok. Di sesetengah restoran, ada kawasan merokok dan ada pula kawasan larangan merokok. Malangnya kebanyakan restoran tidak mampu menguatkuasakan peraturan itu kerana menghormati hak pelanggan. Agaknyajika mereka dilarang merokok akan dikatakan menyekat hak asasi manusia.

Baru-baru ini, sahabat penulis sempat menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Di-sebabkan restoran itu mempunyai ruang me-rokok dan tidak merokok, sahabat itu memi-lih bahagian tidak merokok. Di ruang berha-wa dingin itu tidak ramai orang, hanya ada tiga orang yang sedang menjamu selera di meja yang sama. Di dinding tepi meja mereka, terpampang besar notis larangan merokok. Sah, ruang itu bukan untuk perokok. Sahabat penulis lega kerana dapat menjamu selera dengan selesa berbanding ruang merokok yang penuh kepulan asap.

Buta

Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba sahabat itu terhidu bau asap rokok. Rupa-rupanya seorang demi seorang daripada tiga rakan yang selesai makan sudah menghembuskan asap rokok di ruang itu. Apa sudah jadi? Apakah mereka ‘buta’ atau buat-buat tidak faham notis larangan itu?

Ditanya kenapa mereka tidak ditegur? Sa-habat dengan selamba menjawab, “Zaman sekarang, perkara seperti itu bukannya boleh ditegur. Silap-silap aku kena belasah”.

Sahabat itu memberitahu lagi, semasa me-naiki komuter bersama keluarganya, beliau pernah ditanya oleh anaknya kenapa ada orang yang makan dan minum di atas kereta api itu sedangkan sudah ada notis dilarang makan, minum dan sebagainya.

Sahabat itu memberitahu anaknya bahawa mereka itu ‘tidak bersekolah’ kerana jika ke sekolah, sudah tentu mereka dapat berfikir atau setidak-tidaknya membaca apa yang ditulis. Dalam kata lain, mereka buta huruf!

Nasib baik anaknya tidak ada di restoran ketika itu. Kalau tidak apa jawapan yang hen-dak diberi? Sudah tentu tidak boleh diberi jawapan buta huruf atau tidak sekolah. Sebab-nya? Mereka bertigaorangyang bergaya, bertali leher, berpakaian seragam milik sebuah agensi kerajaan yang ada tanggungjawab berkaitan penguatkuasaan peraturan di agensi mereka.

Adakah mereka ini boleh dikatakan tidak tahu membaca atau buta huruf?

Tentunya jawapan itu tidak tepat. Jadi apakah jawapan yang boleh diberikan? Mungkin pembaca boleh menjawabnya.

Tujuan penulis membangkitkan isu ini adalah bagi menunjukkan bagaimana sukar nya menguatkuasakan begitu banyak un-dang-undang atau peraturan yang kita cipta. Lebih-lebih lagi apabila tidak ada kesedaran di kalangan orang yang menganggotai agensi kerajaan yang mencipta pelbagai penguat-kuasaan ini. Apa salahnya dalam keadaan tertentu anda yang terlibat dalam pasukan penguatkuasaan menjadi contoh yang baik?

Apabila sahabat itu merungut kepadajuru-wang restoran itu, pekerja itu tersenyum menggelengkan kepala kerana tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan pelanggan me-reka adalah ‘orang kerajaan’ berpakaian sera-gam. Beliau pula bertanya, “Sebagai ‘orang kerajaan’ mereka tidak tahu peraturankah?”

Akhirnya, manusia terpaksa menghormati uniform daripada peraturan. Maka dalam hal ini, sempena tahun baru Hijrah dan Masihi, eloklah kita sama-sama berhijrah untuk be-rani menegur keburukan demi kebaikan. Hormati peraturan tali pinggang keledar dan larangan merokok demi nyawa manusia.

Merokok bukan sekadar membahayakan kesihatan diri tetapi orang sekeliling. Jadi fikirlah sendiri. Cuba selak keburukan yang terkandung dalam amalan merokok ini dan kemudian selaklah poket anda supaya tidak ada lagi duit yang terkeluar untuk membeli rokok. Pastinya keluarga anda lebih ceriajika di dalam rumah mereka tidak ada lagi bau asap rokok. Selamat menyambut Maal Hij-rah dan Tahun Baru 2009. Berhijrahlah me-ninggalkan keburukan!

UM291208#

Related posts

Leave a Comment