Pastikan harga BPI tidak tinggi di Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU 5 Okt. –  Kerajaan akan mencari jalan untuk memastikan harga beras putih import (BPI) di pedalaman Sabah dan Sarawak tidak terlalu tinggi disebabkan kos pengangkutan, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Beliau berkata, langkah itu perlu memandangkan harga di kawasan pedalaman dijangka masih tinggi walaupun kerajaan memberikan subsidi untuk menurunkan harga BPI kepada RM31 bagi kampit 10 kilogram, mulai esok. Katanya, Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan negeri mengenai langkah boleh diambil bagi memastikan harga BPI di kawasan pedalaman kedua-dua negeri tidak membebankan. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penutupan…

Read More

Jerebu: Malaysia hantar surat ke Indonesia

KUALA LUMPUR 4 Okt. –  Malaysia mengambil tindakan susulan dengan menghantar surat kepada Indonesia berhubung masalah jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa negeri, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau berkata, surat itu sudah dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia berikutan arahan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim supaya pihaknya menyelaras dengan rakan sejawat dalam ASEAN, termasuk Indonesia untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan. “Kita sudahpun menghantar surat kepada menteri sejawat saya mengenai masalah itu seperti disebut Perdana Menteri semalam. Justeru, kita sudah susulinya dengan surat…

Read More

Pas nafi Dr Mahathir tanding Kemaman

KUALA TERENGGANU 4 Okt. –  Naib Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  menafikan khabar angin kononnya akan meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kemaman. Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, setakat ini Pas belum membuat sebarang perbincangan berkaitan PRK itu termasuk soal calon yang akan bertanding mempertahankan kerusi itu. “Saya tak dengar pula ura-ura itu, saya baca dalam media dan (setakat ini) tidak ada perbincangan ke arah itu…kami pun sebenarnya belum ‘sit down’ (mesyuarat) lagi dalam kalangan pimpinan tertinggi untuk bincang.…

Read More

Dr Mohd Faudzinaim mufti Negeri Sembilan

SEREMBAN 4 Okt. – Pengerusi Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Faudzinaim Badarudin, dilantik sebagai Mufti Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa 1 Oktober lalu Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan serta ahli Jilsah Turuq Sufiyyah Negeri Sembilan itu menggantikan Datuk Mohd Yusof Ahmad yang bersara. Beliau mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah dari Universiti London (1998) dan sarjana dari universiti yang sama (1992) serta Sarjana Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1989. Menteri…

Read More

Bina perisai manusia lindungi keluarga

SEPANG : “Semuanya akan kembali okay. Babah dan Mama ada di sini” Demikian kata-kata semangat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kepada anak-anaknya ketika berlaku insiden tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok, Thailand. Menerusi kemas kini di media sosial, TMJ dan pasukan keselamatan berdiri di hadapan keluarganya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku. TMJ ketika menceritakan situasi cemas yang dilalui mereka sekeluarga apabila penembak mula melepaskan tembakan dan orang ramai mula meluru masuk ke dalam lobi hotel di mana mereka menginap bagi mendapatkan…

Read More

Libatkan FAMA edar beras ‘tidak bijak’

BENTONG 4 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menyifatkan langkah kerajaan mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terbabit dalam rantaian pengedaran beras sebagai satu langkah yang ‘tidak bijak’. Beliau berpandangan, arahan FAMA supaya terbabit dalam pengedaran beras putih tempatan (BPT) dilihat membebankan lagi peranan dan tugas agensi yang selama ini bertanggungjwab memasarkan produk agro-makanan antaranya sayur-sayuran. Muhyiddin yang pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2008 hingga 2009 bimbang langkah itu boleh mengganggu urusan pembelian dan pembekalan sayur-sayuran oleh petani khususnya orang kampung. “Banyak video tular hari…

Read More

Polis serah dokumen kepada Interpol

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerahkan dokumen diperlukan kepada Polis Antarabangsa (Interpol), untuk permohonan Notis Merah terhadap Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,  Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya menerima dokumen itu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. “Kita (polis) sudah menerima dokumen itu pada jam 3 petang tadi. Ia juga telah dimajukan kepada INTERPOL untuk tindakan lanjut mereka,” katanya kepada media, hari ini. Sabtu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri…

Read More

Segerakan RUU kawalan rokok

KUALA LUMPUR: Proses penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2023, perlu disegerakan susulan semakin ramai didakwa terkesan gejala berkaitan merokok dan e-rokok. Dalam satu kenyataan, Hartal Doktor Kontrak berkata proses itu tidak wajar dibiarkan berlanjutan, selepas mengambil kira status kesihatan awam di negara ini yang dilihat terus merosot. Menurut kenyataan itu, gejala merokok serta e-rokok menjadi norma dalam masyarakat dan meragut banyak nyawa, malah semakin ramai dibelenggu komplikasi berkaitan kedua-duanya yang memendekkan kualiti hidup serta produktiviti rakyat. Hartal Doktor Kontrak sekali gus menuntut Ahli Parlimen dan…

Read More