JOHOR BAHRU 24 Mac – Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat, daerah paling teruk terjejas, turun kepada 419 orang daripada 113 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 444 orang (124 keluarga), pada malam tadi. Mereka ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS), ketika keadaan semakin pulih. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi Rohani, dalam kenyataannya berkata tiada PPS ditutup walaupun jumlah mangsa berkurangan di PPS yang masih beroperasi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan lebat…
Read More13,860 tiket tambahan ETS hari raya
KUALA LUMPUR 24 Mac – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Pekerja, tahun ini yang mula dijual pagi ini. KTMB dalam kenyataan memaklumkan tambahan perkhidmatan ETS membabitkan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya, serta laluan KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya pada 19 hingga 25 April. Tren tambahan itu menawarkan 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan 13,860 tiket ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan dalam tempoh berkenaan. Perkhidmatan tren ETS tambahan bagi kedua-dua laluan itu membabitkan 14…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 24.03.1023
Produk mengandungi pholcodine ditarik balik
PUTRAJAYA 23 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) membatalkan pendaftaran serta mengeluarkan arahan panggil balik terhadap semua produk mengandungi pholcodine. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan pada 20 Mac lalu itu dibuat berikutan terdapat risiko keselamatan yang dikesan boleh mengakibatkan anafilaksis, iaitu reaksi alahan teruk dan boleh mengancam nyawa. Beliau berkata, ia dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle-relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) ketika proses pembiusan umum (general anaesthesia), terutama kepada mereka yang pernah mengambil ubat mengandungi pholcodine dalam tempoh 12 bulan…
Read More1 Ramadhan…
Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat
KUALA LUMPUR 23 Mac – Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said. Katanya itu antara beberapa dasar baharu yang dipersetujui Kabinet pada mesyuarat Jumaat lalu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori. Azalina berkata ia akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali. “Selain itu, hukuman penjara sepanjang hayat sebagai satu hukuman dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang; hukuman mati dimansuhkan…
Read MoreBantuan haji cecah RM500 juta pada 2024
KUALA LUMPUR 23 Mac – Jumlah bantuan kewangan haji akan meningkat kepada hampir RM500 juta pada 2024 jika bayaran bagi ibadat itu tidak disemak sekali gus memberi kesan kepada aspek agihan keuntungan berpatutan kepada pendeposit Tabung Haji (TH). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Nai’im Mokhtar berkata, TH menjangka jumlah bantuan kewangan haji akan meningkat dari RM185 juta pada 2022 kepada RM400 juta pada 2023. Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) yang meminta Perdana Menteri menyatakan asas pertimbangan kerajaan…
Read MoreBerita pilihan…
MRSM berbayar tidak guna peruntukan kerajaan
KUALA LUMPUR 23 Mac – Penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar tidak akan menggunakan peruntukan kerajaan atau dibina di atas tanah rakyat miskin, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berkata kerajaan akan menggunakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan MRSM terbabit. Katanya, permintaan untuk memasuki MRSM berada di tahap lebih 300 peratus daripada kemampuan dan hal itu perlu ditangani serta dilakukan dengan kaedah di luar kotak. “Kerajaan juga sudah melakukan kajian kebolehlaksanaan…
Read MoreMangsa banjir di Batu Pahat berkurangan
JOHOR BAHRU 23 Mac – Mangsa banjir di Batu Pahat semakin berkurangan dengan jumlah terbaharu setakat pukul 8 pagi, seramai 967 orang daripada 269 keluarga di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi Rohani, berkata jumlah itu sedikit menurun berbanding 1,086 orang (299 keluarga) pada pukul 8 malam tadi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, berkata dua PPS ditutup membabitkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Telok Parit Yaani (sembilan orang) dan Dewan Orang Ramai Seri Medan (80 orang). Sementara…
Read More