Pilihan raya Britain 4 Julai

LONDON: Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menamatkan pelbagai spekulasi apabila mengumumkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya setelah pembubaran Parlimen diperkenankan oleh Raja Charles. Beliau membuat pengumuman itu di hadapan pejabat rasminya di 10th Downing Street, dalam keadaan hujan sambil menyorot betapa pentingnya rakyat Britain membuat pilihan terbaik demi masa depan generasi akan datang. Katanya, pilihan raya ini berlangsung di saat dunia menyaksikan kekejaman dan konflik ekonomi yang dilihatnya sebagai memecah belahkan masyarakat. “Pilihan raya ini diadakan dalam tempoh yang mana dunia dalam keadaan lebih bahaya berbanding perang…

Read More

58 penumpang SQ321 masih dirawat

BANGKOK: Seramai 58 penumpang pesawat SQ321 Singapore Airlines (SIA) masih menerima rawatan di tiga hospital di Bangkok. Menurut kenyataan Hospital Samitivej Srinakarin, daripada jumlah itu, seramai 20 penumpang, termasuk tiga rakyat Malaysia sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di dua hospital, manakala 38 lagi menerima rawatan pesakit luar.. Enam lagi rakyat Malaysia yang dimasukkan ke wad kerana pening dan kecederaan ringan berada dalam keadaan stabil sambil dipantau doktor. Di Hospital Samitivej Srinakarin, sembilan pesakit berjaya menjalani pembedahan pada Selasa, manakala lima lagi menjalani pembedahan pada Rabu. Hospital Samitivej Srinakarin…

Read More

PCS pimpinan Anifah anggota kelapan GRS

KOTA KINABALU 22 Mei –  Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerima anggota kelapan iaitu Parti Cinta Sabah (PCS) pimpinan bekas Menteri Luar, Anifah Aman menganggotai gabungan yang mengetuai kerajaan negeri itu. Setiausaha Agung GRS,  Masidi Manjun, mengumumkan kemasukan PCS itu melalui satu kenyataan media hari ini Sebelum ini tujuh parti yang sedia ada ialah Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan Parti Liberal Demokratik (LDP). “Dengan sukacitanya…

Read More

Ireland, Norway m Sepanyol iktiraf Palestin

DOHA: Kumpulan Hamas mengalu-alukan keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol untuk mengiktiraf negara Palestin sebagai “langkah penting” dan menggesa negara lain di seluruh dunia untuk mengikutinya. Hamas dalam satu kenyataan menganggap keputusan itu satu langkah penting ke arah mengesahkan hak ke atas tanah mereka. Hari ini, Norway, Ireland dan Sepanyol mengumumkan mereka akan mengiktiraf negara Palestin, yang mendorong Israel untuk segera memanggil utusannya di negara berkenaan. Pemimpin Ireland berkata negaranya akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara tetapi tidak menyatakan masa, manakala pemimpin Norway dan Sepanyol berkata negara mereka akan berbuat demikian…

Read More

Beras bernilai RM2.1 juta dirampas

KUALA LUMPUR 22 Mei – Sebanyak 645.75 tan beras pelbagai gred, termasuk Beras Putih Import (BPI), yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta dirampas dalam satu serbuan di sebuah gudang di Sibu, Sarawak, minggu lalu. Serbuan bersepadu Op TARING BRAVO 3 dilancarkan Kawalselia Padi dan Beras (KPB) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), pada 15 dan 16 Mei lalu. Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), hasil pemeriksaan mendapati premis perniagaan terbabit tidak mempunyai lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).…

Read More

Dr M tak terima notis mesyuarat RCI Batu Puteh

PUTRAJAYA 22 Mei – Dr Mahathir Mohamad, mendakwa tidak menerima sebarang notis berkaitan mesyuarat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah, dan Tubir Selatan yang diadakan, semalam. Dalam satu kenyataan semalam, bekas Perdana Menteri itu berkata, mengikut undang-undang, prosiding yang dijalankan secara tertutup itu mewajibkan kehadirannya atau peguam sepanjang prosiding itu berjalan sehingga ia selesai. “Bagaimana saya mahu menerang, memberi penjelasan atau mempertahan diri jika saya atau peguam tidak dibenarkan hadir sepanjang prosiding itu berlangsung. “Selain memohon hak untuk saya dan atau peguam hadir untuk sepanjang prosiding RCI…

Read More

Serang balai: Dua penuntut IPT bebas

JOHOR BAHRU 22 Nov. – Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang direman bagi membantu siasatan kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada awal pagi Jumaat lalu, dibebaskan tanpa syarat, semalam. Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata pembebasan dua pelajar terbabit dibuat selepas mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara. “Polis Johor ingin mengesahkan dua pelajar masing-masing berusia 22 dan 21 tahun yang juga penuntut sebuah kolej swasta serta institusi latihan yang ditahan pada 17 Mei lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung serangan di Balai Polis…

Read More