Mahmoud Abbas hargai Norway

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store susulan pengiktirafan negara itu ke atas Palestin. “Tuan Yang Terutama Presiden berterima kasih kepada Perdana Menteri Norway atas pendirian berani dan berprinsip negaranya dalam mengiktiraf negara Palestin,” kata pejabat Presiden Palestin dalam satu kenyataan. Rabu lalu, Norway, Ireland dan Sepanyol mengumumkan keputusan mengiktiraf Palestin. “Kami berharap semua negara Eropah yang tidak mengiktiraf negara Palestin akan mengikuti contoh langkah berani Norway, Sepanyol dan Ireland untuk mengiktiraf negara Palestin,” kata Abbas. Kerajaan Israel sebelum ini mengancam “akibat”…

Read More

Siasat dakwaan banduan Palestin didera

GENEVA: Seorang pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pihak berkuasa Israel menyiasat dakwaan penyeksaan dan penderaan terhadap rakyat Palestin yang ditahan sejak perang tercetus di Gaza 7 Oktober lalu. Pelapor khas PBB mengenai penyeksaan, Alice Jill Edwards, berkata beliau menerima dakwaan penderaan terhadap rakyat Palestin yang ditahan di penjara yang dikendalikan Perkhidmatan Penjara Israel dan di kem tentera Israel. Dalam satu kenyataan, beliau mendakwa menerima dakwaan kes banduan dipukul, ditahan dalam sel dengan mata ditutup dan digari untuk tempoh yang lama, tidak dapat tidur, dan diancam dengan keganasan…

Read More

Petisyen pecat PM Thailand

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand bersetuju mempertimbangkan kes yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri, Srettha Thavisin, susulan tindakan beliau melantik seorang Menteri yang dilaporkan mempunyai rekod sabitan jenayah. Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk menggantung tugas Srettha sebagai Perdana Menteri sementara ia mempertimbangkan kes terbabit. Mahkamah menerima petisyen yang dikemukakan oleh 40 Senator mengikut peraturan etika, untuk memecat Srettha daripada jawatannya selepas enam hakim mengundi menyokong dan tiga lagi menentang. Susulan itu, Perdana Menteri diberi tempoh 15 hari untuk respons kepada kes itu. Kes itu berkait pelantikan Pichit Chuenban – yang pernah menjalani…

Read More

20 Naib Canselor, Rektor sokong UiTM

SHAH ALAM 23 Mei –  Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menyokong pendirian Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk kekal berpegang kepada Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara153 Perlembagaan Persekutuan. JKNCR UA yang terdiri daripada 20 Naib Canselor dan Rektor menyelar tindakan pihak yang sengaja membangkitkan isu kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM dengan melabel institusi pengajian tinggi (IPT) itu sebagai ‘akademi aparteid’. Pengerusinya, Profesor Datuk Dr Ekhwan Toriman berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan kejahilan pihak berkenaan terhadap Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan tentang kedudukan serta…

Read More

Pesta hiburan dalam tren di luar pengetahuan

KUALA LUMPUR 23 Mei – Pesta hiburan di dalam sebuah tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru-baru ini adalah di luar pengetahuan Kementerian Pengangkutan.. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bagaimanapun menegaskan KTMB telah memberikan penjelasan dan menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren miliknya pada masa hadapan. “KTMB dah menyatakan sejak 2021, tren itu disewa khas untuk aktiviti korporat dan sebagainya. Aktiviti tersebut mungkin tidak dinyatakan dengan jelas kepada KTMB. Tetapi ada garis panduan ditetapkan termasuklah tiada minuman alkohol dan sebagainya…itu ditetapkan sebagai…

Read More

MPI terima 488 penyertaan HKM 2023

PETALING JAYA 23 Mei – Malaysian Press Institute (MPI) menerima 488 penyertaan bagi anugerah Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) 2023 sempena Malam Kewartawanan Malaysia 2024 yang akan berlangsung 7 Jun ini. Presiden MPI, Yong Soo Heong, berkata bilangan penyertaan untuk 2023 meningkat 21 peratus berbanding 386 pada tahun sebelumnya mahakala jumlah penyertaan itu adalah tertinggi sejak diperkenalkan pada 1980. “Penyertaan tertinggi diterima daripada kategori Berita Video Terbaik dengan 65 penyertaan, diikuti Kewartawanan Foto Terbaik (44 penyertaan) dan Laporan Berita Terbaik (37 penyertaan). Senarai nama pemenang akan diumumkan pada 7 Jun nanti pada…

Read More

Pemuda lapor polis isu Akademi Apartheid

SEPANG 23 Mei –  Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kolumnis, Andrew Sia, memohon maaf secara terbuka berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai ‘Akademi Apartheid’. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh juga mendesak Malaysiakini untuk menurunkan artikel itu yang jelas mengguris hati orang Melayu, khususnya mereka yang pernah menuntut ilmu di institusi pendidikan berkenaan. Berikutan tulisan yang disifatkan keceluparan yang wajib diajar, Pemuda UMNO seluruh negara akan digerakkan untuk membuat laporan polis, hari ini, berhubung penulisan yang dianggap dangkal dan bersifat perkauman itu. “Saya jelik dengan pemikiran yang kononnya…

Read More

Buru suspek pecah rumah pemain Selangor FC

SHAH ALAM 23 Mei –  Polis sedang memburu suspek yang disyaki memecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC Ahmad Khuzaimi Piee dan melarikan sebuah motosikal dan empat beg pelbagai jenama milik mangsa malam tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dari pemain berusia 31 tahun itu pada pukul 11.30 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati suspek yang dipercayai menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih itu melarikan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15R milik mangsa. Kejadian tidak…

Read More