KUALA LUMPUR 7 Julai – Pas menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH-BN menguruskan ekonomi dan membela kebajikan rakyat, tanpa mengira lapisan umur dan bangsa. Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan itu sangat bermakna kepada Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di padang tidak sama rata, dicemari proses demokrasi yang tempang dan rasuah politik yang berleluasa. “Alhamdulillah syukur dan tahniah kepada pengundi atas kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Sungai Bakap dengan majoriti yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan berhubung kemenangan…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 07.07.2024
PKR ambil tanggungjawab kekalahan
NIBONG TEBAL 6 Julai – PKR mengambil tanggungjawab kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap malam ini sebagai tekad untuk bermuhasabah diri. Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, berkata walaupun kalah, PKR akan terus berusaha melakukan perubahan demi masa depan Pulau Pinang dan Malaysia yang lebih baik. “Kekalahan ini diambil dengan penuh tanggungjawab sebagai isyarat untuk terus bermuhasabah dan mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh terlalu selesa serta kerja-kerja untuk meyakinkan rakyat tidak boleh terhenti. “Hakikat ini kita sahut sebagai cabaran lanjutan dalam diari perjuangan hidup,”…
Read MoreRasmi PN menang majoriti 4,267 undi
NIBONG TEBAL 6 Julai – Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Bakap apabila calon mereka Abidin Ismail menang kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini. Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim mengumumkan kemenangan Abidin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Serbaguna Jawi, malam ini. Abidin, 56, yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) yang mewakili PKR Dr Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi. Abang Bidin menang dengan majoriti 4,267 undi, jumlah…
Read MorePH Pulau Pinang terima kekalahan
NIBONG TEBAL 6 Julai – Pakatan Harapan (PH) menerima kekalahan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini secara terbuka kerana ia adalah suara pengundi kawasan berkenaan. Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, keputusan ini adalah satu terjemahan suara rakyat terhadap apa yang berlaku di kawasan itu dan Kerajaan Perpaduan akan melakukan post mortem (bedah siasat) terhadap keputusan ini. Katanya, walaupun gagal untuk menawan semula kerusi itu, Kon Yeow berkata, sebagai Ketua Menteri, beliau tetap akan bertanggungjawab terhadap pengundi di situ, apatah lagi Parlimen…
Read MorePRU16: DAP sambut baik hasrat kerjasama BN
SEREMBAN 6 Julai – DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata ini menunjukkan komitmen tinggi Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan kestabilan politik dan menjamin kemakmuran negara. “Perbincangan selalu ada tetapi belum ada perbincangan rasmi, kita mengalu-alukan kenyataan disampaikan, ini menunjukkan komitmen Datuk Seri Ahmad Zahid bersama pimpinan BN untuk memperkukuh Kerajaan Perpaduan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan mangsa banjir di…
Read MorePN kekal Sungai Bakap majoriti lebih besar
NIBONG TEBAL 6 Julai – Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail secara tidak rasmi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini. Keputusan menunjukkan Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal itu meraih 14,554 undi berbanding pencabarnya, Joohari yang memperoleh 10,285 undi sekali gus meraih majoriti 4,269 undi. Keputusan itu diperoleh menerusi kiraan di semua 66 saluran peti undi setakat jam 8.45 malam ini. Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu PH hanya memenangi satu daripada lapan daerah mengundi iaitu…
Read MoreSiapa sebenar low class, Noh atau Puad
SEPANG 6 Julai – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Noh Omar menolak dakwaan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Puad Zarkashi bahawa beliau ‘menjual nama’ Najib Razak untuk menyertai Bersatu. Noh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor menjelaskan isu Titah Adendum di mahkamah yang tidak memihak kepada Najib merupakan antara perkara yang mengecewakan dan menyedihkannya terhadap UMNO. “Saya sudah lama kecewa dengan UMNO. UMNO tetap tidak berubah. Tambahan pula di dalam isu Adendum ini, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi terperdaya dengan drama dan wayang dari rakan-rakan di…
Read MoreJom ‘menyorok’ di dalam kebun
HUJUNG minggu menyorok di mana? Menyorok bagi orang Kedah membawa maksud sarapan pagi atau breakfast, bukan main sembunyi-sembunyi. Bagi yang berada di sekitar Nilai, malahan di Lembah Klang bolehlah cuba menyorok di dalam kawasan atau suasana kebun. Makanan Melayu. Hanya sarapan, tidak ada makan tengah hari, petang atau malam. Khabarnya Selasa, Rabu tutup (sila semak). Kawasan sekitarnya bersih, selesa serta perkhidmatan yang pantas. Itu penilaian awal kepada D’Pangkin Kitchen & Garden. Sedap atau tidak menu yang disediakan bergantung kepada tekak masing-masing. Namun bagi sesetengah orang ‘servis’ yang pantas itu keutamaan.…
Read MorePandu lawan arus disebabkan GPS
SEREMBAN 6 Julai – Seorang pemandu lori ‘menyalahkan’ GPS atau Sistem Penentududukan Sejagat apabila dia dikesan memandu melawan arus di Jalan Persiaran S2/3, Seremban 2 dekat sini semalam. Lelaki itu juga memberi alasan tidak biasa dengan jalan di kawasan berkenaan dan terpaksa merujuk GPS iaitu sistem pandu arah satelit. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian dipercayai pukul 11.39 pagi semalam sebelum satu rakaman video berdurasi 51 saat, tular bermula kira-kira 7.40 malam tadi. Video itu memaparkan sebuah lori dipandu melawan arus dan susulan itu…
Read More