AstraZeneca siapa cepat dapat

PUTRAJAYA 1 Mei – Permohonan untuk mendapat vaksin AstraZeneca secara sukarela akan mula dibuka kepada masyarakat mulai pukul 12 tengah hari esok, Ahad, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Dalam catatan terbaharu di laman Twitternya, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, permohonan melalui laman web vaksincovid.gov.my itu hanya memerlukan pendaftaran dan dibenarkan untuk memilih tarikh serta Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tersenarai.

Bagaimanapun, ia hanya terbuka kepada PPV di Kuala Lumpur dan Selangor, dan terhad kepada siapa yang cepat.

Apabila anda selesai memilih PPV serta tarikh, anda akan menerima notifikasi waktu temujanji melalui aplikasi MySejahtera atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

PPV yang tersenarai ialah di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaaan Malaysia, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Related posts

Leave a Comment