2,817 kes baharu Thailand

BANGKOK 5 Jun – Kes jangkitan baharu dan kematian Covid-19 meningkat apabila 2,817 kes dilaporkan hari ini berbanding 2,631 semalam manakala 36 lagi pesakit meninggal dunia berbanding 31 kematian semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 174,769 sementara kes kematian pula meningkat kepada 1,213 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 2,502 melibatkan orang awam termasuk 56 kes import manakala 315 kes dikesan melalui penjara.

Bangkok merekodkan 925 kes diikuti Pathum Thani (411), Samut Sakhon (293), Samut Prakan (143), Phetchabui (130), Nonthaburi (78), Trang (52), Ayutthaya (49), Chon Buri (40) dan Songkhla (38).

Bagi kes kematian pula, ia melibatkan 21 lelaki berumur antara 24 dan 92 tahun atau puratanya 68 tahun.

Bangkok mencatatkan 16 kematian, Samut Prakan (4), Nonthaburi (3), Chon Buri, Nakhon Sawan dan Samut Sakhon masing-masing dua kes, dan masing-masing satu kes di Phetchaburi, Nakhon Pathom, Tak, Ayutthaya, Phatthalung, Ratchaburi dan Songkhla.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Kemboja (46), Israel (1), Afrika Selatan (2), Bangladesh (1), Brazil (1), Bahrain (1), Netherland (2), India (1) dan Malaysia (1).

Sementara itu, 3,396 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 124,093 orang sementara 49,490 sedang menerima rawatan termasuk 1,195 dalam keadaan kritikal dan 361 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment