Selangor hampiri 200,000 kes

PUTRAJAYA 5 Jun – Selangor hampir mencatatkan 200,000 kes jangkitan Covid-19 selepas angka positif baharu hari ini merekodkan 2,509 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu mencecah 199,968.

Daripada 7,452 kes yang dilaporkan seluruh negara, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar diikuti Negeri Sembilan 843 kes, yang menunjukkan peningkatan berbanding 709 semalam.

Beberapa negeri menunjukkan peningkatan termasuk Negeri Sembilan merekodkan 843 kes berbanding 709 semalam, Kelantan 312 (286) dan Pahang 286 (146).

Negeri-negeri lain menunjukkan penurunan termasuk Kuala Lumpur 678, Sarawak 651, Johor 412 dan Pulau Pinang 370.

Related posts

Leave a Comment