18 kes import di Singapura

SINGAPURA 5 Jun – Sebanyak 18 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,176 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 13 adalah jangkitan tempatan yang kesemuanya terkait dengan kes-kes lalu dan sudah dikenakan kuarantin.

Berdasarkan siasatan setakat ini, kesemua kes tempatan adalah jangkitan dalam masyarakat

Lima kes import pula termasuk dua warga Singapura atau Penduduk Tetap, yang kesemuanya dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus selepas mereka tiba di Singapura.

Related posts

Leave a Comment