Kadar kebolehjangkitan 0.93

PUTRAJAYA 14 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.93 berbanding 0.94 pada hari sebelumnya.

Tiga belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi dengan Negeri Sembilan merekodkan 1.02 diikuti Pahang dan Melaka masing-masing merekodkan 1.01, dan Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 1.00.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu masing-masing merekodkan 0.98, Selangor 0.97, Perak 0.97, Kelantan 0.96 dan Kedah 0.93.

Negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.93 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.87, Sabah 0.86 dan Sarawak 0.76.

Related posts

Leave a Comment