Akmal minta dedahkan ‘talam dua muka’

AYER KEROH 15 Ogos – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dicabar menjelaskan pihak yang didakwa `talam dua muka’ sehingga menggugat Kerajaan Perpaduan. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata jika kenyataan Muhammad Kamil itu ditujukan kepada UMNO, parti berkenaan bersedia menerima apa juga keputusan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata, tiada sebarang perjanjian atau persefahaman antara UMNO serta Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) yang dibuat sebelum ini untuk membolehkan kedua-dua gabungan itu menyertai pilihan raya secara bersama. “Saya…

Read More

900 halangan jejas operasi kemanusiaan

WASHINGTON – Kewujudan lebih 900 halangan fizikal, merangkumi pos pemeriksaan, pintu-pintu pagar utama dan penutupan jalan menyebabkan operasi kemanusiaan di wilayah jajah di Tebing Barat berdepan kelewatan serta sekatan. Menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Daniela Gross De Almeida tindakan sekatan berkenaan membataskan laluan kemanusiaan menyebabkan golongan terjejas terputus daripada bantuan secukupnya. Katanya , rakan kerjasama kemanusiaan PBB memberi amaran bahawa kerja bantuan kini perlahan serta terbatas disebabkan rangkaian melebihi 900 halangan. Beliau juga menyatakan petugas kemanusiaan meneruskan usaha menyampaikan bantuan penting kepada penduduk di Semenanjung yang dikepung itu, meskipun…

Read More

UAE kecam serangan Iran

DUBAI – Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengecam serangan Iran yang didakwa menyasarkan dua kapal berkaitan Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC) milik kerajaan ketika melalui Selat Hormuz, hari ini. Menurut Kementerian Luar UAE, serangan Iran itu disifatkan sebagai tindakan bermusuhan yang menyasar dua kapal berkaitan ADNOC di Selat Hormuz. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Sementara itu, ADNOC turut mengesahkan insiden yang berlaku itu, namun menegaskan keadaan kini berjaya dikawal. Iran kini menyekat laluan di Selat Hormuz secara menyeluruh dan mahu mengenakan bayaran kepada kapal yang melaluinya iaitu tindakan yang ditentang…

Read More

Undi DAP ‘keluar’ beri tekanan kepada PMX

SEPANG 13 Ogos – Bekas wakil rakyat DAP, Dr Ong Kian Ming berharap perwakilan pada Persidangan Parti DAP 2026 Ahad ini mengundi keluar daripada Kerajaan Perpaduan untuk memberi tekanan terhadap Perdana Menteri (PMX) Anwar Ibrahim. Katanya, perwakilan harus mempertimbangkan saranan untuk keluar bagi memaksa Anwar mengambil tindakan bagi melaksanakan sekurang-kurangnya sebahagian daripada reformasi politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Beliau bagaimanapun berkata, terdapat juga sebab yang munasabah untuk perwakilan memilih DAP kekal dalam Kabinet termasuk memastikan pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini berjalan dengan lancar. Ia…

Read More

Cadang Sara beli sayur, buah-buahan

PUTRAJAYA 13 Ogos – Bagi membantu meningkatkan akses rakyat kepada pemakanan lebih sihat, skop Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dicadang diperluas kepada pembelian makanan berkhasiat termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan sumber protein segar Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) hari ini untuk diangkat bagi pertimbangan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri. Katanya, langkah itu penting supaya bantuan kerajaan bukan sahaja membantu meningkatkan kuasa beli rakyat, malah mendorong akses kepada makanan yang lebih berkhasiat.…

Read More

PH yakin DAP kekal dalam kerajaan

SUBANG 13 Ogos – Pakatan Harapan (PH) yakin DAP akan mengambil keputusan kekal bersama Kerajaan Perpaduan pada Persidangan Parti DAP 2026 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail, juga yakin DAP akan meletakkan kepentingan negara demi memastikan kelangsungan kestabilan kerajaan yang diraih setakat ini. “Saya percaya kepemimpinan DAP mempunyai kebijaksanaannya sebagai parti yang sudah lama di negara ini. “DAP tentunya akan meletakkan kepentingan negara dari segi kestabilan politik, selain mempertahan dan meneruskan kesinambungan yang sudah berjalan sangat baik ketika ini,” katanya. Beliau…

Read More