Afnan Hamimi Ketua Pemuda PN

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia Afnan Hamimi Taib Azamudden dilantik sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang baharu, berkuatkuasa hari ini. Pelantikan Ahli Parlimen Alor Setar itu diumumkan Setiausaha Agung PN,  Hamzah Zainudin, melalui satu kenyataan hari ini. Keputusan melantik Afnan Hamimi dibuat melalui mesyuarat Majlis Tertinggi PN s malam tadi bagi menggantikan penyandang yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari. “PN mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada Yang Berhormat (YB) Ahmad Fadhli Shaari di atas…

Read More

Solat Subuh dua sesi

JOHOR BAHRU 20 Jan. – Buat pertama kali, Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, di sini mengadakan solat Subuh dua sesi berikutan kehadiran lebih 12,000 jemaah susulan  program Semarak Subuh Johor. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyifatkan kehadiran ramai jemaah bersolat Subuh di masjid negeri ini itu satu perkembangan yang amat baik “Sejak Masjid Sultan Iskandar didirikan, hari ini adalah hari pertama solat Subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir. Syukur Alhamdulillah, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Program Semarak Subuh Johor dan kempen Solat Subuh…

Read More

Liga Arab mesyuarat Isnin di Kaherah

ISTANBUL: Liga Arab dijadual mengadakan mesyuarat tergempar di peringkat perwakilan tetap, Isnin ini bagi membincangkan perkembangan situasi perang di Gaza. Wakil Tetap Palestin di Liga Arab, Mohannad Aklouk, berkata sesi luar biasa itu akan diadakan di ibu pejabatnya, di Kaherah. “Permintaan bagi penganjuran mesyuarat itu dibuat oleh Palestin dan disokong banyak negara Arab. “Selain membincangkan mengenai perang ke atas Gaza, sesi itu juga akan menyentuh mengenai jenayah Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki termasuk tindakan rejim terbabit merobohkan infrastruktur di kem pelarian Palestin,” katanya. Pada masa sama, Mohannad berkata,…

Read More

Panjangkan perang elak kejatuhan kerajaan

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, didakwa memanjangkan konflik di Gaza sebagai strategi mengelak daripada menghadapi persoalan mengenainya serta menghalang kejatuhan pakatan pemerintahannya. Menurut laporan akhbar Haaretz, seorang pegawai Israel dilaporkan berkata, perang ini tidak mempunyai tujuan dan masa depan, tetapi memanjangkannya adalah cara Netanyahu menangguhkan jawapan kepada persoalan tanggungjawab. Pegawai yang tidak dinamakan itu berkata Netanyahu “tahu ada peluang yang munasabah bahawa matlamat (perang) tidak akan tercapai dan ia sekadar menangguhkan masa.” Beliau juga berkata tawanan Israel yang ditahan di Gaza tidak mewakili kepentingan kepada Netanyahu, dan sukar untuk mempercayai…

Read More

38,285 pemilih baharu Disember 2023

PUTRAJAYA 19 Jan. – Sebanyak 38,285 warganegara didaftarkan sebagai pemilih baharu sepanjang bulan Disember 2023 berbanding 39,137 orang pada November dan 43,657 pada bulan sebelumnya. Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas itu didaftarkan secara automatik dan semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan itu boleh disemak sehingga 17 Februari depan. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata DPT BLN12/2023 juga mengandungi 6,139 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,671 orang bertukar status atau kategori pengundi.…

Read More

RM9.4 juta subsidi bakal jemaah B40

SEPANG 19 Jan. – Kerajaan akan menanggung kos sebanyak RM9.4 juta susulan pemberian subsidi sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah golongan B40 yang bakal menunaikan haji buat pertama kali musim haji 1445H/2024M. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, bantuan kewangan haji secara bersasar seperti diberikan pada tahun lepas adalah sebagai keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. “Dengan bantuan ini, setiap bakal haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM12,356 daripada jumlah keseluruhan RM13,356,” katanya selepas merasmikan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (Karnival PJH) 1445H/2024M di sini hari…

Read More

Kos bakal haji Muassasah B40 RM12,356

KUALA LUMPUR 19 Jan. –  Kadar bayaran haji untuk bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala RM19,152 bagi kumpulan M40. Bagi kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang manakala bagi golongan T20 pula, sebagaimana tahun lalu, jemaah dikehendaki membuat bayaran penuh iaitu RM33,300. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman, berkata kos haji bagi bakal haji Muassasah untuk tahun ini meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu. Bercakap pada…

Read More

Tiga pakaian seragam seminggu

PUTRAJAYA 19 Jan. – Mulai Mac ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan tiga jenis pakaian seragam yang boleh digunakan oleh murid-murid sepanjang sesi persekolahan 2024/2025. Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata garis panduan baharu itu membenarkan murid memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari diikuti pakaian sukan selama dua hari dan sehari untuk pakaian kokurikulum. Dalam Amanat 2024 KPM di sini, hari ini, beliau berkata, KPM memutuskan demikian selepas sesi libat urus dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh. Fadhlina berkata, perincian mengenai garis panduan itu akan dimaklumkan kepada semua pihak dalam…

Read More