Laila Norinda calon tunggal Putra

ALOR GAJAH 30 Okt. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) turut menyertai Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka dengan menampilkan seorang usahawan Laila Norinda Maon, 49 sebagai calon bagi kerusi N07 Gadek. Anak jati Alor Gajah, kelahiran Gadek itu menerima watikah sebagai calon daripada Presiden Putra Ibrahim Ali pada satu majlis pengisytiharan calon dan ikrar setia di Jalan Gadek dekat sini semalam. Ibrahim ketika memperkenalkan calon tunggal parti itu pada PRU DUN Melaka berkata, kepemimpinan Putra merestui Laila Norinda bertanding berdasarkan komitmenya terhadap perjuangan parti sejak ditubuhkan…

Read More

JHEAINS ambil alih masjid Kuala Klawang

JELEBU 30 Okt. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menjelaskan pihaknya tidak menerima sebarang notis peletakan jawatan secara bertulis daripada Imam 1, Masjid Jamek Kuala Klawang sebaliknya hanya menerima makluman secara lisan berhubung hasrat itu. Menerusi satu kenyataan, JHEAINS mengambil maklum kejadian solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan di Masjid Jamek Kuala Klawang hari ini sehingga menyebabkan jemaah terpaksa menunaikan solat Zuhur sebagai ganti. JHEAINS juga memaklumkan individu berkenaan masih menerima elaun imam bagi jawatan tersebut. Susulan kejadian ini, pentadbiran Masjid Jamek Kuala Klawang akan diambil alih buat…

Read More

MCA peroleh kerusi keempat

MELAKA 30 Okt. – Bermula dengan dua kerusi, MCA akhirnya memperoleh kerusi keempat untuk ditandingi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka ke-16, yang akan berlangsung pada 14 November ini. Menjelang hari penamaan calon esok, DUN Kota Laksamana diserahkan kepada MCA selepas Perikatan Nasional (PN) mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada BN. Presiden MCA,  Dr Wee Ka Siong, berkata Melvin Chua akan dipertaruhkan sebagai calon dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan antara BN dan PN, susulan pandangan PN bahawa MCA lebih sesuai bertanding di kawasan…

Read More

SINGAPURA – Keadaan jerebu di Singapura bertambah baik hari ini dengan bacaan pencemaran udara kekal pada paras baik hingga sederhana dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi tempoh 24 jam berada antara 57 hingga 66. Menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura semalam, keadaan jerebu dijangka terus bertambah baik apabila negara memasuki tempoh antara monsun. Sementara Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan hujan dijangka turun di Sumatra, Kalimantan, Singapura dan kawasan sekitarnya hari ini sekaligus dijangka membantu mengurangkan jerebu di rantau ini. Menurut laporan kaji cuaca, dalam tempoh dua minggu pertama November, hujan petir…

Read More

Pembangkang kecam Netanyahu

TEL AVIV – Pemimpin utama pembangkang Israel, Gadi Eisenkot bersama pemimpin parti-parti Arab mengecam Benjamin Netanyahu selepas Perdana Menteri itu mendakwa wujud campur tangan asing dalam pilihan raya yang menyaksikan gabungan pemerintahnya kehilangan majoriti di Parlimen. Parti Likud yang dipimpin Netanyahu menuduh parti-parti Arab di Israel “mencuri” pilihan raya, manakala agensi keselamatan domestik Shin Bet dilaporkan sedang menyiasat dakwaan bahawa mereka menerima pembiayaan haram daripada Qatar dan Turkiye. Bagaimanapun, Kementerian Luar Qatar menafikan tuduhan itu yang disifatkannya sebagai “tidak masuk akal dan berbahaya”, selain menuduh ahli politik Israel menjalankan kempen…

Read More

Bersatu guna logo rasmi parti

MELAKA 29 Okt. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggunakan logo rasmi parti itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka 14 November ini, kata Setiausaha Agungnya, Mohamed Azmin Ali. Pengarah Pilihan Raya Bersatu itu berkata beliau sudah menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu lalu berkaitan pengesahan penggunaan logo parti berkenaan pada PRU DN Melaka ke-16. Katanya,  penggunaan logo Bersatu telah dibenarkan oleh Presiden parti, Muhyiddin Yassin. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengumuman Calon Bersatu bagi PRU DN Melaka di bilik gerakan utama…

Read More

PN umum 5 calon hadapi pilihan raya Melaka

MELAKA  29 Okt. – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan lima daripada enam calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka ke-16, manakala seorang lagi akan diumumkan kemudian. Pengerusinya,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, gabungan itu masih mempunyai masa untuk mengumumkan calon terakhir menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini Lima calon yang diumumkan ialah Rafie Ahmad bagi DUN Paya Rumput, Michael Gan Pen Lam (Ayer Keroh), Mohd Ridzuan Mohd Shariff (Bukit Katil), Albert Kok Kesidang dan Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bemban). DUN Kota Laksamana menjadi satu-satunya…

Read More

8 calon termasuk ‘YB Beliau’ wakili Bersatu

MELAKA 29 Okt. – Lapan calon akan mewakili Bersatu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka, melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Klebang, Lendu, Gadek, Sungai Udang, Pantai Kundor, Ayer Keroh dan Bemban. Naib Presiden Bersatu, Dr Mohd Radzi Jidin mengumumkan senarai calon berkenaan pada majlis yang berlangsung di Baitul Tariq, Klebang, di sini, malam ini. Bagi DUN Pengkalan Batu, Naib Ketua Bahagian Bersatu Hang Tuah Jaya, Norhizam Hassan Baktee yang lebih dikenali ‘YB Beliau’ akan bertanding di kawasan yang pernah dimenanginya itu pada Pilihan Raya…

Read More